About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Thursday, 3 March 2016

Muzik Di Hati


 - Nyanyian Hati - 

Bahasa yang indah dan puitis sering menjadi lirik gubahan lagu. Bahasa yang indah juga bisa melembutkan hati. Keindahan bahasa bisa juga menjadi muzik di hati.  Teringat bait-bait lagu yang pernah didendangkan ketika di Pesta Muzik Sekolah suatu ketika dahulu. Ketika itu lagu hanya didendangkan dengan maksud tersurat sahaja. Apabila usia menginjak dewasa, eh.. tua dah!. baharulah maksud tersirat dapat diselami.  



Zaman telah jauh berubah. Kesantunan budi bahasa dan adab sopan telah melalui proses evolusi yang ketara bezanya.  Jika dinilai tahap kesantunan budi dan bahasa dahulu dan masa kini, kita hampir tidak menemui titik akhir dalam satu rajah melainkan dengan skala yang besar. Begitulah jurangnya. Kita tidak pernah menizinkan ini berlaku tetapi kita mengizinkan nilai kesantunan itu bermula dari titik jurang kerana kita akur dengan perubahan zaman. Kita yang mendidik warga maka kita harus telan hasilnya.



Lihatlah bagaimana dahulu kala seorang kekasih melayan perasaan rindunya. Hanya dengan mendendangkan lagu sudah cukup menghilangkan gundahnya. Lagu menjadi muzik di hatinya. Dalam lagu juga terlihatkan kesantunan budi pekerti. Perkataan yang terpilih amat cantik memuja ciptaan tuhan. Memberi nilai kepada unggas. Menggambarkan fenomena kedamaian alam. Ini meletakkan perasaan rindu yang terbit di hati kekasih itu amat suci. Perasaan itu menampakkan satu anugerah, naluri dalam hati kekasih. Kesopanan dalam menyembunyikan tersirat melalui kata itu bisa menjadi muzik dalam hati biarpun maknanya tajam menikam. Begitulah ibarat perbezaan santun bahasa dahulu dan kini.  



Angin Menderu


Angin menderu, dahan jatuh menimpa batu kuburan.
Hatiku rindu, orang jauh tak lupa dari kenangan
Murai terkejut berikiacau-kicauan
Langit mendung diliputi awan
Alamat, bumi disirami hujan
Hati yang kusut merisau risauan
Nasib untung ditinggalkan kawan
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

kapal berlayar, siang malam di tengah lautan samudera
Hatiku sabar rindu dendam menanti kawan di mana?
Murai terkejut berkicau kicauan langit mendung diliputi awan
Alamat, bumi disirami hujan
Sayang di sayang




Teringat kenangan menyertai Pesta Muzik Sekolah-sekolah Negeri Sembilan. Kami mewakili Daerah Port Dickson. Ketika itu juga aku bertemu seorang guru muzik yang pernah mengetuk kepalaku  hingga berdarah , kerana tidak pandai baca note sedangkan aku tidak pernah belajar dan diajar membaca note. Alat muzik yang pernah aku main cuma angklong. Hanya setelah aku berpindah sekolah aku diajar di sekolah baru dalam daerah port Dickson. Pertama kali aku belajar membaca note, Aku mula belajar bermain alat muzik dan aku juga mewakili sekolah rendah dan sekolah menengah dalam pertandingan Koir dan Rekoder. Berbalik dengan pertemuan kembali guru muzik yang mengetuk kepala ku.. soalan pertama dia ketika bertemu "Eh awak pun masuk acara?". Aku menggangukkan kepala dan cikgu bertanya lagi. "Awak sekolah mana?" Sebaik aku menjawab pertanyaan kedua itu wajah cikgu itu berubah. "Sekolah yang Johan tadi kan? owhh!!! awak dah pandai ya?" Aku hanya menguntumkan senyuman. Pulang dari pesta muzik itu aku terfikir tentang pertemuan itu. Emmm... Allah ingin mengubat hatiku yang luka ketika kepala diketuk sebegitu kuat dahulu. Hanya dengan sedikit kejayaan luka itu terubat... Apa-apa pun... terima kasih cikgu kerana memberikan aku pengalaman dan pengajaran untuk aku menjadi lebih bernilai...

Cintamu Muzik Dihatiku (Anita Sarawak) 

Siapakah dirimu
Yang hadir kala ku sepi
Kerana kau menyentuh jiwaku
Bagaikan lagu merdu
Kau merawat sepiku
Kau membisikan kau cinta padaku
Dulu aku dibelenggu
Duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Cinta mu muzik di hatiku
Berlagu di dalam hidupku
Yang melenyapkan satu kedukaan
Cinta mu muzik di hatiku
Berputar tanpa rasa jemu
Dan menemani jiwa/diri ku yang sepi
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini

Pernah ku lafazkan
Tak mengulanginya
Tapi takdir-Nya siapa menduga
Untuk kali kedua
Ku kembali bercinta
Bercucuran lembut memukau hatiku
Dulu aku dibelenggu duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Cinta mu muzik di hatiku
Menjadi nada nada rindu
Yang berpanjangan bawa kedamaian
Cinta mu muzik di hatiku
Menyanyi di sudut jiwaku
Melahirkan satu pengharapan
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini


No comments:

Post a Comment