ASSALAMUALAIKUM di pagi Jumaat
Mencari suatu manfaat dan keberkatan Illahi....
Coretan ini sebagai ingatan buat anak-anakku dan diriku juga.
Sejak kebelangan ini banyak kelahiran tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar "Hari Kiamat".
Salah satu darinya adalah "Manusia Melahirkan Tuannya"
Secara sedar atau tidak, telah banyak dapat diperlihatkan bagaimana manusia melahirkan tuannya.
Kes 1
Ini jarang berlaku tetapi mungkin kita tidak menyedarinya. Tak pasti adakah ini termasuk dalam kategori "Manusia Melahirkan Tuannya". Dalam satu kenduri besar-besaran dikalangan "Orang-Orang Kenamaan"
Majlis tersusun agak teratur dan tanpak cantik dengan hiasan bunga-bungaan di sini sana. Kereta yang membawa pengantin disambut dengan paluan kompang dan barisan bunga manggar. Sebaik pengantin turun dari kereta mewah yang dipandu oleh "bekas guru"nya deretan barang-barang hantaran yang dibawa oleh barisan "awang dan dayang" berbaris membuka laluan menyambutnya. Begitulah seterusnya ia berlalu...... Majlis berakhir dengan satu kepuasan dipihak kedua-dua pengantin.
Apa yang ingin dikupas adalah kisah pemandu kereta mewah yang membawa pengantin itu. Dengarnya adalah seorang guru yang pernah mendidik pengantin di sebuah sekolah yang ternama juga. Cikgu ini diarahkan oleh majikannya yang merupakan ibu kepada pengantin itu untuk menjadi pemandu majlis perkahwinan itu. Walaupun guru itu redha akan tugasan yang diberi, namun dari sudut pemerhatian orang lain, apakah itu satu penghormatan atau satu penghinaan? Seharusnya guru itu hadir sebagai tetamu kehormat atau setidak-tidak pun sebagai tetamu biasa seperti tetamu yang lain. Jika kita sebagai pengantin sudah pasti inginkan kehadiran guru itu sebagai orang yang sama meraikan majlis perkahwinan kita dan memeriahkan majlis itu bukan sebagai orang yang kita hambakan........ Inilah pesanan buat anakku.
Kes 2
Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerjaku. Adik iparnya perempuan yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang dengan gaji yang tidak mencapai 4 angka pun. Namun bidang kerjanya itu membolehkan dia melancong dan melihat negara orang. Apa yang ingin dikupas di sini adalah keutamaan yang diberikan oleh adik ipar itu. Dia mempunyai tiga anak yang sedang membesar dan perlukan perhatian. Anak-anak itu ditinggalkan dibawah jagaan ibu mertuanya. Alasannya kerana tidak mampu membayar upah menjaga anak. Dia juga sayang untuk berhenti kerja kerana itulah peluangnya untuk melihat negara orang... kalau tidak dia tidak akan merasa nikmat itu.
Ibu yang tua itu tinggal berdua dengan suaminya yang juga agak uzur. Nak dijadikan cerita suatu pertengkaran berlaku antara ibu dan bapa mertuanya. Punca pertengakaran adalah perhatian yang diberikan oleh ibu mertua adalah berlebihan terhadap kerja menjaga cucu. Cucu-cucu itu tidak dipakaikan lampin pakai buang. Nenek yang tua ini harus memasuh lampin, menjemur, melipat dan menukar lampin secara manual. Bukan setakat itu sahaja malah terpaksa mencuci lantai yang dicemari oleh air kencing yang tiris dari lampin. Ini mendatangkan ketidak selesaan dari suaminya atuk yang agak uzur ini sehingga melafazkan cerai kepada nenek tua ini. Selepas bercerai atuk yang uzur ini tinggal bersama anak lain. Nenek ini kekal di rumah itu dan masih menjaga cucu-cucunya yang dihantar setiap pagi dan diambil setiap petang selepas waktu kerja.
Emmmm begitulah kisahnya... entah bila akan berakhir kerja menjaga anak itu. Selepas menjaga anak menjaga cucu la pula.... Seharusnya seorang ibu yang telah penat menjaga anak akan dibalas budinya dengan penjagaan oleh anaknya bukan disuruh bekerja untuknya.... Kalaulah si anak itu berhenti kerja dan menjaga anak-anaknya sendiri dia juga boleh menjaga ibu dan bapa mertua yang uzur itu. Gaji yang diterimanya ini juga tidak berbaloi berbanding dengan ganjaran yang akan diterimanya jika semua kerja itu dilakukanya sendiri. Suaminya yang juga anak kepada ibu mertua itu juga berkerja maka boleh menyara kehidupan sekeluarga. akan lebih diberkati hidup ini...
Namun.... hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu......
