About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Monday, 16 May 2011

Teaching is the proffession that teaches all the other proffession....

Berburu ke padang datar dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi... (Usman Awang)

16 MEI

Setiap tahun tarikh ini menjadi tarikh istimewa buat ku. Kenangan menyambutnya di sekolah masih segar, begitu juga kenangan disambut di sekolah juga masih segar...

Istimewanya tarikh itu....

Hari ini tarikh itu berulang lagi...
Berderet-deret SMS diterima dari kawan-kawan, bekas pelajar dan juga dari Hubby my Samurai...
semuanya berikan ucapan yang sama, walaupun sekian lama tak mengajar tapi gelaran cikgu masih kekal buatku.. Itu lah istimewanya kerja seorang guru....

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca,

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

sungguh berkesan dan menyentuh perasaan kan..

Ingatan Ninja-ninjaku:
Kenangilah jasa guru walaupun hatimu luka dengan tikaman lidahnya
namun itu adalah tanda kasih sayangnya..

Tuesday, 10 May 2011

Bahasa Budaya Bangsa

Dapat e-mail dari teman SIM, sangat bernas dan sesuai dikongsi bersama Ninjasku...

Bahasa budaya bangsa...

Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kendi,
Yang indah itu bahasa,
Yang molek itu budi

Perkara yang sama sering terjadi pada kita yang tak ada "title" atau rakyat jelata yang biasa-biasa aje...
Dan kadang kala terjadi kerana kita yang tak pandai berbudi bahasa... mengaku para cendekiawan namun menyusun kata seperti tidak pernah didik secara formal....

Ingatlah ini wahai Ninjas.... Haziq, Hafiq n Hariq.....

Ketika saya di tahun 3 di AIUM, saya ada belajar satu subjek undang-undang yang diajar oleh Encik Roslan Kassim, (waktu itu pensyarah di UIA dan sekarang bergiat aktif di dalam politik di bawah parti PKR). Encik Roslan Kassim pernah bercerita, seorang lelaki melayu dan lelaki cina pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan kes saman kereta. Tuan Majistret bertanya kepada lelaki China itu, "Kenapa kamu tidak membayar saman-saman kamu sebelum ini?" Jawab lelaki itu dalam dialeknya, "Wa tatak cinang tuan."
Lelaki Melayu ditanya pula soalan yang sama, "Minta maaf Tuan, saya terlupa sebab banyak kerja."


kedua-dua jawapan itu adalah mempunyai makna yang sama, tetapi cara penerimaan magistret itu adalah berbeza. Bukan kerana perbezaan kaum atau warna kulit, tetapi kerana bagaimana ayat dan jawapan itu diluahkan. Akhirnya Tuan magistret mengurangkan saman orang yang meminta maaf, tetapi hanya memberikan sedikit diskaun kepada org yg menjawab, "Wa tatak cinanglah tuan."


Itulah yang berlaku di dalam komunikasi seharian kita, bila kita bertemu, kita dapat melihat mata orang yang bercakap dengan kita. Kita dapat melihat bagaimana reaksinya kepada soalan atau percakapan kita. jadi kita rasa bahagia dengan pertemuan itu. Apatah lagi pulak kalau teman kita itu orangnya caring dan sharing. Tolong betulkan kolar baju yang tidak kemas, tolong bawakan air untuk kita, tolong suapkan makanan utk kita, tolong bukan pintu kereta utk kita. (walaupun kadang2 terbeliak mata org keliling memandang kita). maka, jadilah pertemuan kita itu amat membahagiakan walaupun ada dosa yang berlaku. Dunia terasa kita yang punya.


Apabila bercakap melalui telefon, kita selalu diajar, senyumlah bila bercakap via telefon kerana orang yang bercakap dengan kita akan tahu sama ada kita menjawab sambil tersenyum atau sambil bermasam muka atau sambil berlaku biadap. Saya pernah menelefon sebuah bank utk menuntut lebihan bayaran pinjaman saya. Kali pertama saya memperkenalkan diri saya, "Saya puan fauziah dari Gombak, boleh saya bercakap dengan pegawai ni....?. Kerani yang menjawab berkata dengan sambil lewa, "pegawai kami dah keluar.nanti call lain."
Kali kedua saya menelefon, saya memperkenalkan diri, "Saya dr Fauziah dari UIA, boleh saya bercakap dengan...?". Tak sempat saya menghabiskan ayat, kerani yang sama berkata, "Ooo..ini Dr ni, kena jawab baik2." Agaknya dia menyangkakan saya tidak dengar apa yg diucapkannya itu. Dan hari itu saya tidak jadi bertanya tentang pinjaman saya tetapi bersyarah panjang kepada kerani tersebut.


"Excuse me Cik, kalau saya ni bukan Dr...u nak jawab macamana? kalau saya menyamar jadi Datin, macamana pulak u nak jawab? Tolong beritahu saya sikit. kenapa u nak beza-bezakan pelanggan u? Saya bayar duit, yang bukan Dr pun bayar, yang bukan Dato' atau Datin pun bayarkan? kami bukan minta sedekah kan?" Kerani itu terdiam dan akhirnya dengan suara yang masam mencuka, "Saya minta maaf Dr...."


Itu bahasa yang didengar oleh telinga. Cara kita bercakap, cara kita memanggil nama org lain tetap mempunyai kesan yang berlainan walaupun kita tidak dapat melihat wajah si pemanggil.


Bahasa melalui sms dan chat lebih banyak berbeza sebab dalam sms, ramai manusia yang nak jimatkan duit. So, ditulisnya ringkas-ringkas. Paling ringkas, okay jadi k dan ya pula jadi yup. sekali fikir apa salahnya jawab seringkas itu. Tetapi kita terlupa yang membaca sms kita itu bakal tunangan kita, bakal isteri pertama atau bakal madu isteri kita, bakal suami kita. Cubalah bayangkan kalau kita berdepan dan jawab ok atau sekadar yup sahaja. tak sakit hati ke?


--
DNA
Putrajaya
Malaysia