29 FEBRUARI 2016
Istimewanya hari ini. 29 Februari tak akan kita temui sehingga empat tahun lagi....
Terasa nak cipta satu kenangan indah hari ini. Walau pun hari ini hari bekerja, kebetulan mendapat arahan ke Port Dickson menjalankan tugas di sekolah yang tak asing lagi dalam hidup. Dareah ini juga adalah daerah yang sangat istimewa dalam hidup.
Bermula dengan perkampungan kecil, Teluk Kemang kini ia sudah menjadi sebuah pekan yang sarat dengan deretan kedai dan gerai... Melihat ke pekan Port Dickson yang dulunya kecil kini sudah pesat dengan aktiviti usahawan. Terminal Bas yang dulunya hanya garisan kuning kini sudah ada bangunan gah di tengah-tengah bulatan. Restorant-restoran mewah dan makanan segera juga sudah tidak terbilang dengan jari yang sepuluh.
Dewasanya daerah ini seiring usiaku. Apa yang pasti kedamaian pantai yang masih tidak berubah. Kata orang sekali air bah sekali pantai berubah. Namun pantai tetap pantai... masih setia dengan pergi dan datangnya ombak. Keadaan fizikal pantai yang berubah itu tidak sedikit mengancam kesetiaanya bersama ombak. Sungguhpun perubahan itu berpunca dari ombak sekali pun, pantai tetap menerimanya kembali walau saat tenang, walau saaat bergelora...
Melihatkan pertemuan pantai dan ombak ini hati jadi tenang. Biarpun sesekali ombak memecah ganas, setianya pantai seteguh karang di lautan. Biarpun putih pasir berubah tiap kali ombak memukul gigian pantai... pantai tetap utuh di situ menyambut ombak kembali.
Terasa ingin kekal di sini menyaksikan cerita alam. Segalanya dapat merawat perasaan. ermmm Merawat Perasaan 気分転換。。。juga boleh menjadi kenangan terindah.
上を向いてる歩こう涙が溢れないように
思い出す歩く一人ぼっちの日




No comments:
Post a Comment