Dalam tempoh yang panjang itu pelbagai cerita sukacita dan dukalara dihadapi. Semuanya menjadi kenangan dan sejarah dalam kehidupan. Biar gambar berbicara:
Kehidupan dipenuhi warna warni setiap detik membesarkan anak dan berbakti kepada suami sebagai tugas utama seorang ibu dan isteri. Tidak lupa tugas seorang anak yang mensyukuri nikmat memiliki seorang ayah yang sangat melindungi. Hati menjadi damai dengan hanya melihat dia. Saat yang berlalu bersama mereka tidak akan terulang dan tidak berpanjangan. Akan tiba detik apabila tuhan menurunkan noktah dipertengahan jalan.
Tidak juga dilupakan tanggugjawab kepada bangsa, agama dan negara (echeh!!). Meningkatkan profesionalisma diri sebagai wanita berkerjaya. Dari tugas hakiki hingga tugas sukarelawan dan berkorban seadanya demi menabur sedikit bakti. Terhibur dengan perjuangan sendiri.

No comments:
Post a Comment