About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Monday, 19 September 2016

Tuesday, 23 August 2016

BERBUDI

~ Buat baik berpada-pada Buat Jahat jangan sekali ~



Ramai orang menanam ubi
hamba seorang menanam pisang
Puas sudah menabur budi
Emas juga dipandang orang








Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang elok itu budi
Yang indah itu bahasa

Orang berbudi kita  berbahasa
Orang memberi kita merasa


Friday, 19 August 2016

BERPIJAK DI BUMI NYATA

Hakikat kenyataan yang hakiki. Kenyataan adakala sukar diterima dan adakalanya dibayangi dengan impian dan angan-angan. Memang indah menaruh harapan. Harapan yang besertakan doa dan usaha sekalipun tiada jaminan kenyataan apatah lagi jika hanya sekadar impian dan anganan. Namun tidak juga mustahil untuk digapai. Ibarat bulan jatuh ke riba. Ibarat kejora berkelip siang. Semuanya tidak ada yang dapat menduga. 

Ninja 1: Abang rasa abang nak tukarlah cita-cita.
Ibu:        ermmm nak jadi apa pula?
Ninja 1: Rasa nak jadi Lawyer.
Ibu:        Jadilah apa-apa pun abang. Asalkan masih menjadi manusia.
Ninja 1: Ibu agak, ok ke? Boleh ke abang jadi lawyer?
Ibu:       Nak jadi apa pun semua perlu akademik. Zaman abang nanti, saingan hebat tau. Sekarang ni  jadi cleaner pun ada degree tau.
Ninja 1: Adush!!! abang takut lah matematik abang lemah.
Ibu:        That is why kena practise hari-hari. Ni tidak.. bila ibu suruh belajar jer.... bla... bla...bla..bla..

Ninja 1 sumbat telinga dengan earphone, mulut kumat-kamit ikut lagu.

Ninja 1: Ibu dah pergi ke Switzerland?
Ibu:       Dah. Europe semua dah.
Ninja 1: Mana negara Ibu tak pergi lagi?
Ibu:       Timur tengah, New Zealand
Ninja 1: America pernah ke?
Ibu:       Tak. Apasal?
Ninja 1: Abang nak duduk America lah.
Ibu:       Pergi sendiri. Belajarlah rajin-rajin baru ada peluang.
Ninja 1: Abang bukan nak pergi belajar. Nak kerja kat sana.
Ibu:       Sebelum kerja kena lah belajar. Mana nak dapat kerja kalau tak belajar.
Ninja 1: Ibu tak nak ke duduk Amerika?
Ibu:       Abang kerja kat sana nanti ibu ikut lah.
Ninja 1: Ermmmm dapat ke abang pergi sana?
Ibu:        Kalau berusaha tak ada yang mustahil. Insha Allah bang... tapi jangan lupa ibu lah.
Ninja 1: Yesszzaa!

Ninja 1 buat muka puas hati macam dah dapat jaminan impian tercapai. Dalam hati seorang ibu hanya mengaminkan doa dan harapannya.


Pasanglah angan-angan mu. Berusahalah mencapainya. Tidak ada yang mustahil bagi kuasa Tuhanmu. Namun, jika kau hanya merayu bulan pasti ribamu tetap kosong.
Ingatlah, adakalanya segala impian bisa jua musnah. Bukan olehmu tetapi oleh sesuatu yang lain. Adakalanya impian akan menjadi kosong belaka. Ketika itu, rasa kecewa adalah perlu supaya kau tidak menatang egomu dan berpijak di bumi yang nyata. Namun kekecewaan bukan membawa putus asa. Binalah semula impian baru sehingga bertemu kenyataan.

Wednesday, 20 July 2016

BERPESAN-PESAN LAH SAYANG

Berkasih sayang perlu ada buktinya? 

Ramai pasangan bahagia mengiakanya. Ramai juga pasangan yang gagal tidak menafikanya.

Bagaimana membuktikan kasih sayang?

Kasih dan sayang tidak sukar dibuktikan. Apa yang sukar hanyalah mentafsirkannya.

Bagaimana mengesan kasih dan sayang?

Kasih dan sayang  boleh dirasai kewujudannya jika kita memandang dengan mata hati.
Kasih dan sayang wujud tattkala kita diserang rindu ada pengubatnya.
Kasih dan sayang lahir tatkala kita sering berpesan-pesan.

Berpesan-pesanlah agar dia merasai bahawa engkau kasih akan dia.
Berpesan-pesanlah agar dia dapat melihat dalam hatinya ada rasa sayang.



Berpean-pesan biarlah perkara yang baik-baik....


Mimbar : ikatan hati dgn Allah.  Jgn tinggal  kan solat

Mimbar : ilmu yg di ajar perlu  berpegang kpd aqidah.

Mimbar:Hormati guru Dan kenang jasa guru⁠⁠

Mimbar : berbakti kpd ibubqpa

Mimbar : Dr syaaban Ke Ramadhan

Mimbar: jgn sesekali  meragukan perintah Allah

Mimbar : hayatilah Ramadhan.

Mimbar: sinari kehidupan dgn Al Quran.

Mimbar: jadi lah org bertaqwa di sisi Allah

Mimbar: jumaat  ramadhan  terakhir. ..sambutlah syawal  dgn kemenangan

Mimbar Masjid Bongek: Aidil Fitri memahami Jihad yang sebenar.

Mimbar  masjid  dungun : aidilfitri  bukan untuk  bersukaria  tanpa batasan

Mimbar: kedatangan syawal perlu  Di sambut dgn amal dan taqwa

Mimbar: bangkitlah mempertahankan agama  Islam.


Tuesday, 28 June 2016

ANDAINYA KAU BERSAYAP


"Bila memandang bintang di langit jangan lupa rumput di bumi"


N17Atmosphere 360 230616

Fitrah manusia mudah alpa. Namun manusia miliki akal untuk berusaha. Berusaha untuk tidak melupakan asal usul. Berusaha untuk menanam jati diri. Banyak sudah teladan di hadapan mata. kita didatangkan dari pasangan adam dan hawa yang bergelar ibu dan ayah. Dari rasa cinta insan berdua membenih jiwa yang ada dalam sebuah nyawa. Nyawa yang kita hidupkan dengan setiap hela nafas bersama keizinan tuhan.

Tiba saatnya kita diberi ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kedua-duanya perlu diikat agar setiap tindak saling dikait.  Bila usia mengizinkan sepasang sayap. Terbanglah sayang...

Terbanglah setinggi mana yang kau mampu. Rentaslah langit cita-citamu. Carilah di atas sana segalanya yang tidak kau peroleh di bumi. Nikmatilah segalanya di atas sana yang tidak bisa kau bawa pulang. Namun, saat engkau di sana apa yang kau simpan dalam hati usah kau biarkan saja ia sepi di hati. Carilah jalan pulang...

Bintang tidak selamanya berkelip. Awan tidak selamanya di atas. Ada ketika ia mencair dan jatuh ke bumi. Sedangkan matahari tidak mampu bertahan apatah lagi hatimu yang hanya ada sebuah cinta. Pulanglah kembali menjejak rumput di bumi. Kelak kau bisa terbang lagi kerana sayapmu sentiasa padamu.

Restu seorang ibu usah kau lupa...

Wednesday, 8 June 2016

Ramadhan Kembali

Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi menemui Ramadhan.

Tiap kali menyambut Ramadhan banyak niat dan hasrat terpahat. Semuanya mengharapkan Ramadhan kali ini lebih sempurna. Semoga benar, ia akan lebih sempurna.
Jika dahulu fadilat-fadilat dan amalan-amalan baik sepanjang Ramadhan disampaikan dari bibir ke bibir.  Sesiapa yang pergi ke rumah Allah akan lebih mendapat ilmu. Namun kemajuan teknologi hari ini memudahkan kita menerima pelbagai bidang ilmu hanya dengan "touch n swipe" skrin telefon sahaja. Jadi tidak ada alasan lagi bahawa kita masih jahil mengenai sesuatu dalam hukum agama.


Ramadhan kali ini juga membawa rutin yang hampir sama. Berbuka,  berterawih, bertadarus, bersahur, bersedekah dan sebagainya. Namun penghayatannya mungkin berbeza. Dahulu Hariq masih agak sukar menghayati Ramadhan kerana usianya. Tahun ini dia sudah mulai mengerti bahawa seorang Musilm wajib berpuasa. Hariq sudah boleh turut bersama solat dalam saf, namun sesekali perlu ditegur.

Haziq dan Hafiq memang sudah mencapai tahap baligh dan wajib menunaikan ibadah sepenuhnya seperti seorang dewasa. Aku rasa bersyukur kerana Ramadhan kali ini aku tidak banyak mendengar rungutan tentang juadah berbuka. Hampir tidak ada cerita atau soalan tentang "buka puasa makan apa?". Memandangkan hanya aku seorang "Chef" di rumah itu, mungkin aku merindui soalan itu.  Namun dari sudut yang lain aku rasa kuasa besar sudah berada di tanganku. Kedua-duanya mempunyai cermin yang berbeza. Semuanya berkait dengan penghayatan Ramadhan.

Syukur kepada Pencipta kerana masih memberi aku segalanya yang aku perlu dalam menunaikan Ibadah Rukun ini. Walau kadang kala kesabaranku digoncang oleh keimanan yang menipis, aku masih boleh bertahan bersama hati yang dapat memendam rasa. Ini sangat membantu aku bersyukur dan menghambakan diri pada Allah. Ketidaksempurnaan yang terpampar di kaca mataku adalah sebenarnya kesempurnaan yang sepadan dengan ku. Perasaan ini sebenarnya memberi kekuatan agar aku tidak keluar dari landasan. Menerima seadanya dan menghargai setiap satunya.

Aku jua berharap perjalanan Ramadhan ini memberi aku ruang mengutip segala bekal yang aku perlu di sana nanti. Semakin hari semakin memendek usiaku. Semoga Allah menggambilku saat imanku berada di darjat yang paling tinggi. Semoga juga zuriatku akan sentiasa menghargaiku dengan Al-fatihah untukku setiap detik waktu tika aku di sana nanti.


Sunday, 3 April 2016

DALAM KENANGAN












Kita tidak dapat mencipta kenangan jika kita tidak miliki pengalaman. 



Ramai yang bersetuju, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman juga adalah suatu kenangan. Mempelajari sesuatu melalui pengalaman adalah perlu. Namun tidak semua pengalaman itu boleh menjadi guru kerana segalanya bergantung kepada situasi semasa. Cuma yang pasti pengalaman itu memberi yakin kepada suatu pilihan dan suatu keputusan.

Pengalaman berhadapan dengan suatu kesilapan misalnya. Kita akan lebih yakin dengan keputusan yang kita akan ambil pada masa hadapan sekiranya kesilapan masa lalu menjadi pengajaran buat kita.

Pengalaman menghadapi suatu kehidupan yang sukar misalnya. Kita akan serik dan tidak akan cuba melangkah dalam situasi yang sama sekiranya kesukaran silam menjadi mimpi ngeri buat kita. 

Apa yang penting adalah mengutip pengajaran dalam kenangan. Setiap manusia tidak terlepas dari berbuat salah. Kesalahan yang kita lakukan tanpa sengaja. Walaupun kadang-kadang kita sengaja melalukan tetapi apabila kita sedar perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak patut kita lakukan ia akan menjadi suatu penyesalan. Penyesalan itu akan menjadi titik hitam dalam kenangan kehidupan walhal ia adalah sesuatu yang mulia. Di sinilah terbit pengajaran.

Dalam menghayati pengajaran keikhlasan hati mengakui kesilapan dan ketulusan hati memaafkan adalah paling utama. 






                                   





Wednesday, 9 March 2016

Gerhana Suria


Gerhana Di Hati

Fenomena Gerhana Matahari Separa hari ini dapat dilihat di seluruh Malaysia bermula seawal jam 8 pagi. Kebanyakkan sekolah dan pejabat kerajaan mengadakan solat Gerhana Matahari secara berjemaah. 

Istilah gerhana sering dikaitkan dengan sesuatu yang sakit dan tidak sempurna. Aku teringat lirik sebuah lagu zaman 80an yang dulunya sering aku dengar dan sering juga jadi pilihan nyanyian ketika "berkaraoke" bersama rakan (suatu ketika dahulu). Antara bait kata dalam lagu itu, Suatu ketika dahulu aku pernah jatuh cinta namun kini aku hanya jatuh tersungkur, tiada apa yang bisa dilakukan lagi kerana Gerhana Penuh di Hatiku...

Gerhana jika telah melanda jiwa maka tidak ada apa yang dapat dilakukan lagi untuk mengembalikan keadaan sedia kala. Oleh yang demikian janganlah sakiti hati kerana hati yang telah sakit sukar disembuhkan lagi.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.”

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Apa yang pasti hati tidak pernah berdusta. Namun hati kadang-kala tidak dapat memaksa mulut bicara tentangnya. 


TANDA-TANDA HATI YANG MATI

  • “Tarkush sholah” Berani meninggalkan Solat Fardhu,
  •  “Adzdzanbu bil farhi” Tenang tanpa merasa berdosa padahal melakukan dosa besar.
  • “Karhul Qur’an” Tidak mahu membaca bahkan menjauihi Al Qur’an,
  • “Hubbul ma’asyi” Terus menerus melakukan maksiat,
  • “Asikhru” Sibuknya dan lalai, buruk sangka, merasa dirinya lebih suci,
  • “Ghodbul ulamai” Sangat benci dengan nasihat baik & alim ulama,
  • “Qolbul hajari” Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, dan alam akhirat
  • “Himmatuhul bathni” Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya,
  • “Anaaniyyun” sama sekali masa bodoh dengan keadaan orang lain, saudara bahkan keluarganya sekalipun menderita,
  • “Al intiqoom” Pendendam hebat,
  • “Albukhlu” sangat pelit,
  • “Ghodhbaanun” cepat marah karena keangkuhan dan dengki.



Total Eclipse of The Heart (Boney Tyler)

Turn around...
Kembalilah...
Every now and then I get a little bit lonely, And you're never coming round
Terkadang aku merasa sepi, dan kau tak pernah kembali
Turn around...
Kembalilah.
Every now and then I get a little bit tired, of listening to the sound of my tears
Terkadang aku merasa lelah, mendengarkan suara air mataku.

Turn around...
Kembalilah
Every now and then I get a little bit nervous, that the best of all the years have gone by
Seringkali aku merasa gelisah, bahawa saat-saat terindah telah berlalu...
Turn around...
Kembalilah
Every now and then I get a little bit terrified, and then I see the look in your eyes
Terkadang aku merasa takut, lalu kulihat pandangan matamu.

Turn around, bright eyes
Kembalilah, mata yang bercahaya
Every now and then I fall apart
Terkadang aku jatuh tersungkur
Turn around, bright eyes
Kembalilah, mata yang bercahaya
Every now and then I fall apart
Terkadang aku tersungkur
And I need you now tonight
Dan malam ini aku memerlukan dirimu
And I need you more than ever
Dan aku memerlukanmu lebih dari segalanya
And if you only hold me tight
Dan Andai kau memelukku erat
We'll be holding on forever
Kita kan saling bersatu selamanya
And we'll only be making it right
Dan kita hanya melakukan yang sebaiknya
'Cause we'll never be wrong...
Kerana kita tidak pernah bersalah
Together we can take it to the end of the line
Bersama kita boleh melaluinya hingga ujung jalan
Your love is like a shadow on me all of the time 
Cintamu ibarat bayangan yang meneduhiku setiap waktu
I don't know what to do and
Aku tak tahu apa yang harus kulakukan
I'm always in the dark
Aku selalu dalam kegelapan
We're living in a powder keg
Kita hidup idalam tong mercun
And giving off sparks
Dan keluarkan percikan api
I really need you tonight
Aku benar-benar memerlukanmu malam ini
Forever's gonna start tonight
Yang selamanya akan dimulai malam ini
Forever's gonna start tonight
Yang selamanya akan dimulai malam ini

Once upon a time I was falling in love
Suatu ketika dulu, aku jatuh cinta
But now I'm only falling apart
Tapi kini aku hanya jatuh tersungkur
There's nothing I can do
Tiada yang dapat kulakukan
total eclipse of the heart
Gerhana penuh di hatiku

Once upon a time there was light in my life
Suatu ketika dulu, ada cahaya dalam hidupku
But now there's only love in the dark
Tapi kini hanya ada cinta dalam kegelapan
Nothing I can do
Tiada yang dapat kulakukan
total eclipse of the heart
Gerhana penuh di hatiku

Turn around...
Kembalilah
Every now and then I get a little bit breathless, and I dream of something wild
Terkadang hatiku berdebar-debar, dan aku bermimpi tentang sesuatu yang liar...
Turn around...
Kembalilah...
Every now and then I get a little bit helpless, and I'm lying like a child in your arms
Terkadang aku merasa tak berdaya, dan aku berbaring seperti anak kecil dalam dakapanmu...
Turn around...
Kembalilah...
Every now and then I get a little bit angry, and I know I've got to get out and cry
Terkadang aku merasa marah, dan kini aku harus keluarkan semuanya dan menangis

Turn around...
Kembalilah...
Every now and then I get a little bit terrified,
Terkadang aku merasa takut
And then I see the look in your eyes...
Dan lalu kulihat pandangan matamu...
Turn around, bright eyes
Kembalilah, mata yang bercahaya
Every now and then I fall apart
Terkadang aku jatuh tersungkur




Kembalilah wahai hati yang tenang. 
Kembalilah wahai hati yang terang.