Kita tidak dapat mencipta kenangan jika kita tidak miliki pengalaman.
Ramai yang bersetuju, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman juga adalah suatu kenangan. Mempelajari sesuatu melalui pengalaman adalah perlu. Namun tidak semua pengalaman itu boleh menjadi guru kerana segalanya bergantung kepada situasi semasa. Cuma yang pasti pengalaman itu memberi yakin kepada suatu pilihan dan suatu keputusan.
Pengalaman berhadapan dengan suatu kesilapan misalnya. Kita akan lebih yakin dengan keputusan yang kita akan ambil pada masa hadapan sekiranya kesilapan masa lalu menjadi pengajaran buat kita.
Pengalaman menghadapi suatu kehidupan yang sukar misalnya. Kita akan serik dan tidak akan cuba melangkah dalam situasi yang sama sekiranya kesukaran silam menjadi mimpi ngeri buat kita.
Dalam menghayati pengajaran keikhlasan hati mengakui kesilapan dan ketulusan hati memaafkan adalah paling utama.




