Zaman dah berubah.... pelbagai cara mengundang atau menjemput tetamu ke majlis.
Namun tidak kurang juga pelbagai cara juga menolak undangan.
Paling seronok jika menerima undangan dengan kad yang pelbagai reka bentuk. Beriben , berbunga, berbau harum dan dalam pelbagai warna. Bukan setakat majlis sahaja bertema namun kad undangan juga bertema . Contohnya dengan warna tema yang sama seiring dengan majlis.
Pengirim kad sudah pasti inginkan undangan mereka dipenuhi. Namun bagi si penerima tafsiran ke atas undangan adalah pelbagai. Jika si pengirim hanya menghantar e-mail atau sms, maka undangan itu ditafsirkan agah lewah. Trend terkini adalah undangan di
facebook. Undangan di
facebook juga disertakan ruang untuk menjawab sama ada hadir atau tidak. Ini juga mendatangkan dilema kepada kedua-dua pihak. Bagi pihak pengirim,
bajet yang dikira adalah berdasarkan jawapan yang diterima namun sudah pasti ada yang tidak menjawab sama ada hadir atau tidak kerana bukan semua akan membuka
facebook saban hari. Maka
bajet itu sudah tidak
valid lagi... Bagi pihak si penerima undangan melalui laman sosial ini pula adalah pelbagai. ada yang menganggap hal ini satu kemajuan, namun tidak kurang juga yang menganggap ianya tidak serius lantas diabaikan.
Tertarik dengan kad undangan pelbagai media ini, mengundang peningkatan e-dagang. Iklan dan pasaran kad undangan di sesawang meningkat. Jika dahulu proses menempah kad undangan agak memakan masa dan kos yang tinggi kerana bayaran juga termasuk kos 'design'. Namun, kini himpunan rekabentuk hanya perlu dipilih. Dengan satu 'klik' sahaja kita boleh mendapatkan kad undangan seperti yang diingini. Dengan semudah satu 'klik' juga kita boleh mengirim e-kad kepada seberapa ramai yang kita mahu dan semudah itu jugalah penerima boleh menolak atau menerima undangan.
Namun dilema mengirim dan menerima e-kad ini tetap ada kerana kita baru sahaja berada di era perubahan... masih ramai lagi yang buta IT atau memang lebih selesa dengan amalan tradisional. Dilema utama mengirim dan menerima e-kad ini adalah.
Adakah si pengirim telah pasti e-kad telah tiba ke destinasi atau telah dibaca oleh penerima? Sejauh manakah si penerima menganggap undangan melalui e-kad ini serius atau hanya sekadar ajak-ajak ayam.? Emm tepuk dada tanya selera....