PERISTIWA tidak terakam biarpun terpahat dalam jiwa
Sepanjang 2018 sehingga kini 1001 ragam cerita.
Bermula dengan penghijrahan hireki suami, penghijrahan anak-anak terbang bebas meneruskan hidup mereka, Penghijrahan Hariq menjadi remaja, penemuan rahsia dalam rahsia... hubungan cinta yang menagih baja, dan segalanya yang tidak bisa kucatat. Yang pasti, harapanku masih menggunung, kepercayaan masih ku pegang dalam redha yang bersisa.
Biarlah gambar kusimpan pengganti bicara seita peristiwa.
Haziq berjaya dalam SPM dan mendaftar UiTM Kota Kinabalu Public Admin
Sahabat datang dan pergi. Semoga tenang dan damai di sana.
Hafiq juga telah tamat PT3 dan SPM dengan keputusan yang baik.
Kini mendaftar Asasi Kejuruteraan UiTM. Hafiq ditempatkan sementara di Puncak Alam ekoran PKPP. 19 September nanti akan ke Kampus Dengkil.
Kerjaya juga penuh warna warni. Pelbagai pengalaman dan pelbagai juga rintangan.
Hariq sudah bersunat tahun 2019 setelah dua kali ke kelinik... hehehe
Semakin berisi dan tinggi
Walau berjauhan, kasih kami mengiringi dia selalu.
Cabaran paling hebat ketika ini adalah "pengorbanan"... semakin sukar untuk bekorban terutamanya masa... masa untuk orang tersayang apatah lagi masa untuk sendiri... Sehingga hidak sedar semuanya sudah berlalu pergi.... saat yang tidak akan terulang, anak-anak membesar dihadapan mata.. sedikit masa lagi akan menebarkan sayap dan entah kapan bisa pulang.
dugaan datang dan pergi...
Terpaksa menjalani pembedahan akibat HHT pada 21 Ogos 2020 Awal Muharam di PPUKM.
Sendirian seketika memberi banyak ruang berfikir.
Cuti Sakit 3 minggu untuk merawat. Alhamdulillah
Anak-anak semakin remaja. Haziq n Hafiq telah memiliki lesen kenderaan dan motor.
Dugaan diterima, Haziq pertama kali jatuh motor jam 10.30 malam. dirawat di wad Kecemasan Hospital Putrajaya sehingga jam 2.30 pagi. Aku sendirian mengurus, ayahnya outstation ke Sabah.
Sedang anak membesar, cinta semakin kabur... perlu digilap dan disinari semula... Semua perlu dihadapi bersama...

























