About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Thursday, 7 July 2011

HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI

Anak-anakku....
Selagi kita bergelar MANUSIA kita ada kelemahan.

Kadang-kadang kita rasakan kita yang terbaik hanya dengan melihat orang lain tidak seperti kita. Kita juga sering rasakan kita paling bijak mengurus waktu hanya kerana melihat kerja kita beres sedangkan orang lain merungut 24 jam sehari amat singkat. Kita lupa Allah anugerahkan keupayaan dan cabaran yang berbeza-beza. Luka yang sama sakitnya berbeza.

Jika kita berada di dalam kasut yang sama kita akan lalui denai yang sama. Mengharungi onak yang sama... memijak duri yang sama. Namun itu masih tidak menjamin rasa yang sama.

Samalah juga jika kita melakukan amalan yang sama, niat yang sama, kepercayaan yang sama namun masih tidak menjamin ganjaran yang sama. Kadang-kadang ganjaran yang sama dimiliki oleh orang yang melakukan amalan penuh dengan orang yang baru hanya berniat melaksanakanya...

Di manakah perbezaannya?
Adakah terletak pada Perasaan atau Kesempurnaan?

Anak-anakku,
Bersyukurlah sekiranya kita dipermudahkan segala urusan. Bersyukur juga jika kita memiliki kemudahan dan kesempurnaan untuk melaksanakan amanah. Namun jangan sekali-kali riak dengan kejayaan kita. Jangan memandang rendah dengan orang yang sedang bertatih. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.