About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Monday, 29 February 2016

Merawat Perasaan


29 FEBRUARI 2016



Istimewanya hari ini. 29 Februari tak akan kita temui sehingga empat tahun lagi....
Terasa nak cipta satu kenangan indah hari ini. Walau pun hari ini hari bekerja, kebetulan mendapat arahan ke Port Dickson menjalankan tugas di sekolah yang tak asing lagi dalam hidup. Dareah ini juga adalah daerah yang sangat istimewa dalam hidup. 

Bermula dengan perkampungan kecil, Teluk Kemang kini ia sudah menjadi sebuah pekan yang sarat dengan deretan kedai dan gerai... Melihat ke pekan Port Dickson yang dulunya kecil kini sudah pesat dengan aktiviti usahawan. Terminal Bas yang dulunya hanya garisan kuning kini sudah ada bangunan gah di tengah-tengah bulatan. Restorant-restoran mewah dan makanan segera juga sudah tidak terbilang dengan jari yang sepuluh. 

Dewasanya daerah ini seiring usiaku. Apa yang pasti kedamaian pantai yang masih tidak berubah. Kata orang sekali air bah sekali pantai berubah. Namun pantai tetap pantai... masih setia dengan pergi dan datangnya ombak. Keadaan fizikal pantai yang berubah itu tidak sedikit mengancam kesetiaanya bersama ombak. Sungguhpun perubahan itu berpunca dari ombak sekali pun, pantai tetap menerimanya kembali walau saat tenang, walau saaat bergelora...

Melihatkan pertemuan pantai dan ombak ini hati jadi tenang. Biarpun sesekali ombak memecah ganas, setianya pantai seteguh karang di lautan. Biarpun putih pasir berubah tiap kali ombak memukul gigian pantai... pantai tetap utuh di situ menyambut ombak kembali.

Terasa ingin kekal di sini menyaksikan cerita alam. Segalanya dapat merawat perasaan. ermmm Merawat Perasaan 気分転換。。。juga boleh menjadi kenangan terindah. 




上を向いてる歩こう涙が溢れないように
思い出す歩く一人ぼっちの日








Tuesday, 23 February 2016

Kasih Kekasihku

Hanya padamu kekasih






Dalam perjalanan pulang dari bertugas di luar kawasan hari ini, aku tertarik dengan lagu puisi ini. Ia mengingatkan aku kepada tiga persoalan yang pernah aku berikan kepada seseorang.  Lama aku menantikan jawapannya kerana aku juga tidak bisa menjawabnya. 

Anak-anakku..
Setiap soalan ada jawapannya jika kau tanya pada hatimu...
Waima, jika kau tanya pada tuhan ... jawapan yang akan kau terima terdetik dalam hatimu. Teguhkan iman agar hatimu bersih kerana hati yang kotor juga bisa membisik palsu...
Semoga suara hatimu tidak pernah berdusta...


KEKASIHKU dihari lahirmu

Kekasihku…
malam ini akan ku alunkan
lagu-lagu  kasih memuja dan merayumu…
Biar suaraku tidak segemersik buluh perindu.

Kekasihku…
malam ini akan ku hiasi kamarku
dengan cahaya neon hingga dinihari…
Biarpun cahayanya tidak seindah kilauan bintan
dan seredup cahaya bulan.

Kekasihku…
malam ini juga akan ku hamparkan lantai kamarku sepanjang malam
dengan lembut sajadah untuku bersujud dan menadah tangan.
Biarpun banyak dosaku
mengabaikan ajaranmu…

Kekasihku…
aku mengharap semoga Allah membuka seluas jalan
untuku menemuimu di syurga firdausi…


DNA


Salam Maulidurrasul…









Thursday, 18 February 2016

EGO SEORANG WANITA

Ramai yang menyatakan keegoan seorang lelaki lebih tinggi dari wanita. 
Tapi hakikatnya ego tidak mengenal jantina. Ego seorang lelaki adalah sering  berkaitan dengan kelemhannya. Tidak mengakui kelemahan dan kesalahan itu jelas menjadikan lelaki itu tampak ego. Ego seorang wanita adalah sering berkaitan dengan perasaannya. Tidak mengakui hakikat dalam hatinya adaah jelas menjadikan wanita itu bersifat ego.



Ego seorang wanita yang ingin disampaikan ini adalah dipetik dari Whatsapp yang diterima dari seorang suami yang ikhlas memberi ingatan kepada seorang isteri. Atau mungkin ingin mengucapkan terima kasih atas masakan yang biasa-biasa aje saban hari.

Kisah seorang ibu, sewaktu bujangnya dia seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Dia gemar memasak. Setiap hari dialah menjadi Chef di dapur rumah bujangnya. Hujung minggu dia suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti mendapat pujian.



Namun segalanya berubah apabila dia berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian (dia menyambung pengajian lagi) membuatkan dia bertukar karekter.
Di rumah, dia jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwingan kerana suami sering menegur setiap hidangannya. Suaminya sering membandingkan masakannya dengan masakan ibunya.

cokodok malas

Suaminya mahu isterinya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan dia, hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu ikan direbus dahulu sebelum digoreng. Sedangkan pada fikirannya ianya kerja renyah dan menyusahkan. Dia sukar menerima teguran.

Anak-anak pula banyak kerenah. meminta masakkan itu dan ini sedangkan dia keletihan kerana bebanan tugas  pengajian dan kerja. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu yang datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar makan makanan segera. Dia berasa sangat lega... 
Bergitulah bertahun-tahun ia berlalu...

Kini Dia dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Dia sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. ketika duduk berdua, dia mahu memasak untuk suaminya namun ditolak oleh suami. katanya " Tak apalah... kita makan di kedai sahaja..."
Adakalanya dia bertanya, "Abang mahu saya bancuhkan kopi?"
Jawapan yang diterima: "Tak apalah, nanti saya buat sendiri".

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Dia rasa terpinggir. Pernah beberapa kali dia menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata anak-anak mereka,
 "Mummy kenapa bersusah-susah? kami sudah makan dalam perjalanan tadi".
Makanan tidak berjamah. Tidak seorang pun merindui masakan ibunya. Sayu hatinya apabila mengenangkan hal itu.
Lebih sayu lagi anak perempuannya langsung tidak pandai memasak apa-apa, sedangkan ketika dia sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Dia melihat anak perempuannya terkial-kial membantu suaminya@menantunya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.

Hatinya remuk... Leih remuk apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa sedangkan apabila dia ke dapur dia melihat suaminya menyediakan makanan sendiri dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

HEBAT BAGAIMANAPUN MASAKAN KITA, JIKA TIDAK DISUAP KE MULUT ANAK-ANAK DAN SUAMI... IA TIDAK BERERTI.

Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalin perhubungan ibu dan anak, Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.

Oleh itu, walau sesibuk mana sekali pun masaklah walau sekadar telur dadar... Demi air tangan seorang isteri @ ibu...

PESANKANLAH KEPADA ISTERIMU ANAK-ANAKKU...

Wednesday, 17 February 2016

RAHSIANYA




RAHSIANYA


Cinta itu satu anugerah
Nikmatnya berjuta makna
Saat cinta bisa memilih
hati sering alpa...
antara cinta agung dan cinta dusta
Namun, tidak ada siapa yang bisa tahu
saat bila cinta direstu
saat bila cinta bersatu
kerana Dia menjadikan rahsia itu suatu kejutan...
kerana Dia tahu yang terbaik untukmu
Dia memilih dia untukmu
Dia memilihmu untuk dia
Hari yang terpilih untukmu
diikat dengan lafaz ijab dan kabul
Hari terindah untukmu
Hari paling syukur untuk ayah ibu mu
Hari paling debar dalam hatimu 
Hari paling bahagia untuk kami sahabat-sahabatmu jua

DNA
6 Februari 2016
Putrajaya-Melaka

Selamat melayari nikmat citamu berdua hingga ke syurga sahabatku Arnizam Ariffin












Tuesday, 2 February 2016

Cinta

Cinta Anugerah Paling Nikmat

Ingatlah anakku tatkala engkau mula mengenal cinta,

Cinta itu tidak ketahuan makna jika kita tidak pernah merasa atau saat tidak menyedari kehadirannya.
Cinta itu banyak sifatnya walaupun nikmatnya serupa.

Cinta itu dikatakan buta walaupun sebenarnya ia lahir dari mata

Cinta itu dikatakan tidak mengenal usia walaupun sebenarnya ia lahir bersama masa
Cinta itu dikatakan suci walaupun kadang kala ia lahir dengan dusta
Cinta tu dikatakan luar biasa walaupun kadang kala ia kaku membeku
Cinta itu juga indah walaupun kau terpaksa kerinduan



Falsafah Cinta Pertama


Cinta pertama tidak bernoktah?
Keramatnya adalah saat kita menafikan ianya telah berakhir...
Saat engkau mula menyedari cinta pada pertama kalinya,
engkau sebenarnya sudah menghargai rasa.
jika cinta itu sudah dibalas rasa yang sama,
engkau sebenarnya sudah temui dia.
Dia yang engkau rasa pelengkap dirimu
Dia yang engkau rasa pemberi bahagiamu
Dia yang engkau rasa penghilang rindumu

Namun jika cinta itu belum tepat pada saatnya
engkau harus menanti walaupun dia sudah bersedia
engkau harus merindu walaupun dia ada di sisi
engkau harus setia walaupun dia sangat percaya

Di sini nanti segalanya teruji
sejauh mana engkau mampu membelai cinta
sejauh mana engkau mampu menghapus rindu
sejauh mana engkau mampu berkorban rasa

Jika gagal dalam ujian cinta pertama
bangkitlah kerana masih ada ruang untuk kembalikan cinta.
Cinta pertama tidak terpadam selagi engkau berusaha mempelajari silapnya. 
Kelahiran cinta baru tidak mustahil namun asasnya masih pada cinta pertama.
Mungkin nikmatnya sama tetapi darjatnya berbeza...

Akan tiba saatnya engkau melihat manisnya cinta pertama walaupun saat engkau gagal hanya pahit terasa.
Akan tiba saatnya engkau sedar cinta pertama tinggi nilainya walaupun saat engkau membuangnya tidak ada rasa belasnya.
Justeru, jangan kau lafazkan cinta selagi engkau tidak sanggup mempertahankannya....