Dalam perjalanan pulang dari bertugas di luar kawasan hari ini, aku tertarik dengan lagu puisi ini. Ia mengingatkan aku kepada tiga persoalan yang pernah aku berikan kepada seseorang. Lama aku menantikan jawapannya kerana aku juga tidak bisa menjawabnya.
Anak-anakku..
Setiap soalan ada jawapannya jika kau tanya pada hatimu...
Waima, jika kau tanya pada tuhan ... jawapan yang akan kau terima terdetik dalam hatimu. Teguhkan iman agar hatimu bersih kerana hati yang kotor juga bisa membisik palsu...
Semoga suara hatimu tidak pernah berdusta...
KEKASIHKU dihari lahirmu
Kekasihku…
malam ini akan ku alunkan
lagu-lagu kasih memuja dan merayumu…
Biar suaraku tidak segemersik buluh perindu.
Kekasihku…
malam ini akan ku hiasi kamarku
dengan cahaya neon hingga dinihari…
Biarpun cahayanya tidak seindah kilauan bintan
dan seredup cahaya bulan.
Kekasihku…
malam ini juga akan ku hamparkan lantai kamarku sepanjang malam
dengan lembut sajadah untuku bersujud dan menadah tangan.
Biarpun banyak dosaku
mengabaikan ajaranmu…
Kekasihku…
aku mengharap semoga Allah membuka seluas jalan
untuku menemuimu di syurga firdausi…
DNA
Salam Maulidurrasul…

No comments:
Post a Comment