About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Tuesday, 12 January 2016

Lembayung Cinta Januari

Langit Cinta 12 Januari

Terima Kasih dan syukur ya Allah kerana masih meminjamkan aku nyawa untuk aku menikmati cinta di duniamu ini.

Tepat detik 12 malam tadi, aku terima ucapan selamat hari lahir dan doa dari sahabat yang sangat dicintai. Rasa terharu itu datangnya bukan kerana ucapan yang disampaikan tetapi ingatan yang disimpan atas satu tarikh yang sangat bermakna.


Ucapan demi ucapan datang dari keluarga, sahabat dan kenalan. Ada doa disertakan bersama ucapan. Ada ilusi yang disampaian dalam ucapan. Ada rasa dan jiwa yang disampaikan. Semuanya membuahkan rasa bahagia. Walaupun peredaran zaman memudahkan kita untuk mengingatkan tarikh-tarikh keramat ini namun apa yang lebih bermakna adalah keinginan untuk melafazkan ucapan itu biarpun melalui lakaran huruf-huruf tanpa suara.

Suara hati yang lahir dari ucapan itu lebih bermakna dari susunan kata-kata yang indah... Langit Cerah diawal waktu. Tambah ceria dengan hadiah dan bunga-bunga dari rakan sekerja. Lebih bermakna dengan kehadiran sahabat tercinta meraikan bersama. Ketawa dan tersenyum mengimbau saat-saat yang telah lama berlalu sambil menyaksikan Langit Cinta.

Pengakhiran 12 Januari diwarnai dengan Lembayung Cinta yang membawa titisan hujan...

Permata-permata hatiku,

Sambutan hari lahir bukan bermakna Kek dan Lilin. Ia adalah ingatan terhadap kasih sayang sepanjang perjalanan dari benih cinta meniti usia selagi mendapat nyawa. Nilai hadiah bukan menjadi ukuran makna tetapi ketulusan hati yang memberi dan pengorbanan masa yang tersimpan di dalamnya. Luangkan masamu dan sampaikan ingatanmu kepada orang yang kau sayang dan cinta pada setiap detik bertambahnya usianya kerana saat itu dia akan lebih merasakan dan menghargai cintamu dan kasih sayangmu...

1 comment: