All the best Hariq!!!
Semasa kelahiran Hariq, begitu banyak cabaran. Tambahan ketika itu berada jauh di perantauan. Dalam rintangan dan getir kepayahan hidup serta dalam kerinduan kepada tanah air, Hariq muncul menjadi ahli keluarga kami. Kehadirannya membawa kejayaan demi kejayaan. Hariq mendapat perhatian penuh dari seluruh ahli keluarga. Dialah penghibur dan dialah yang mencuri segala waktu terluang saban hari. Sedar tak sedar Hariq sudah masuk Darjah 1. Sebelum mendaftar pada 4 Januari 2016, Hariq sudah dua malam tidak tidur lena. Saban malam bertanya;
"Ibu, dah iron baju sekolah Hariq ke belum?"
Setiap pagi Hariq bangun awal dan soalan pertama dia,
"Hari ni ke Hariq kena pergi sekolah?"
Hari pertama ke sekolah dia paling cepat bangun dan paling awal menghabiskan sarapan pagi.
"Ayah, nanti Hariq nak duit 4 ringgit tau".
Amboi! membeli pun tak pernah, dah pandai minta duit.
Apa-apa pun, setiap ibu akan mendoakan anaknya dapat menghadapi kehidupan dengan penuh jaya.
Semoga Hariq juga akan menjadi anak yang soleh, Khalifah yang taat kepada agama, rakyat yang berbakti kepada negara, suami dan ayah yang bertanggung jawab.
| Hariq 6 bulan |
![]() |
| Hariq 5 tahun di Taska little Calips |

HEBATNYA MAK (pendidikan di rumah oleh arwah mak (Hjh Dyg Anum) amat berkesan)
Resah hati mak
tunggu 9 bulan 9 hari
tapi hilang keresahan
mendengar tangisan pertama
Resah hati mak
menunggu langkah pertama
tapi hilang keresahan
menyambut langkahmu dengan panggilan pertama "mama"
Resah hati mak
menanti saat hari pertama persekolahan
tapi hilang keresahan
bila kau pulang dengan kenangan
"mama, saya dapat ramai kawan"
DNA
malam yang resah...





No comments:
Post a Comment