About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Monday, 5 September 2011

Hebatnya Syawal

Lambaian Ramadhan tidak ditangisi.......
Syawal datang disambut megah.....

Tahun ini tidak puas menikmati Ramadhan, banyak yang terlepas...
Namun Syawal tetap disambut....

Syawal tahun ini pertama kali disambut tanpa dia. Namun syukur aku masih ada ibu mertua. Kebetulan tahun ini adalah giliran menyambutnya di Johor. Syukur ada seorang kakak yang bersuamikan orang dekat. Ada ruang untuk beraya bersama ibu dan abah di Johor seperti rutin biasa.

Sebelum berangkat ke Johor aku singgah di Rembau untuk berpuasa beberapa hari di sana. Dapat juga ke Pusara sebelum Syawal tiba. Aku tahu keluarga di Johor juga tidak sabar menunggu kami pulang kerana agak lama tidak menziarahi mereka. Dalam keadaan abah sekarang tentu banyak persiapan yang belum selesai. Kalau di Rembau aku yang bongsu tapi di Johor aku yang sulong.


1 comment:

  1. dik...terjumpa blog nie melalui blog doc dyg..penulisan yg amat menarik utk anak2 tercinta..jumpa lg..

    ReplyDelete