Hari ini ke sekolah untuk mendapatkan RM200 bagi pihak Haziq dan Hafiq... ramai yang tergesa-gesa masuk ke perkarangan sekolah dan tersenyum keluar dari pagar sekolah...
RM 100 bagi yang berpendapatan rendah... pastinya merasakan sangat bahagia atas bantuan itu... walaupun tidak dapat membantu sepenuhnya lebih-lebih lagi jika anak ramai sudah pasti RM100 itu hanya boleh digunakan untuk beli buku atau baju sekolah baru dan tidak berbaki.....
bagi yang berpendapatan sederhana.... sudah pastilah sedikit sebanyak membantu juga sekurang-kurangnya meringankan beban menyediakan persiapan buka sekolah
Tetapi RM100 itu bagi yang berpendapatan tinggi..... agaknya apa yang difikirkan oleh mereka? Ini adalah reality yang terjadi hari ini....
Ketika berada di perkarangan sekolah Haziq dan Hafiq, terdengar bicara beberapa orang ibu dan bapa yang hadir mendapatkan RM100...
kes 1
Suami: Nah! awak pegang jer lah duit ni...
Isteri: Tak pelah.. nanti bagi jer kat budak2 tu, suka hati diaorang lah na buat belanja cuti sekolah ni...
Kes 2
A: seronoklah budak2 tu nanti...
B: emmm memang ya, semalam dah pesan dah, Ibu! jangan lupa datang ambil duit kat sekolah.
A: tu la... anak saya dah siap set tarikh dah.. nak pegi tengok wayang cuti nanti..
B: ooo .. anak saya katanya nak ikut abang dia ke Genting Highland tu... boleh enjoy sakan depa nanti..
Kes 3
Ayah: Amil, dapat duit ni nak buat apa?
Amil: kan cikgu kata beli buku sekolah ke, baju sekolah ke.. suka hati Ayah lah
Ayah: Emmm apa kata kita derma ajelah duit ni ya... baju sekolah, buku sekolah tu semua ayah boleh beli sendiri.
kes 4
Amirah: Ibu, duit 100 tu cikgu pesan guna beli buku jer.. tak boleh belanja suka-suka
Ibu: Ibu tahu, nanti balik kita kira balik barang yang kita nak kena beli ya..
Amirah: Boleh tak tahun depan Mirah nak beli beg sekolah baru? Dah 2 tahun Mirah pakai beg ni jer... kawan2 selalu kata beg Mirah busuk...
Ibu: Tengok lah dulu ya... lepas beli baju dengan kasut sekolah nanti kita tengok berapa yang lebih. Kasut sekolah lebih penting dari beg sebab kaki Mira dah makin besar tak muat pakai kasut sama.
Anak-anakku Haziq, Hafiq dan Hariq...
Emmm begitulah keadaannya dan hakikatnya kehidupan ini... Jumlah yang sama tetapi nilainya berbeza...
Tidak kira di mana pun kita berada... haruslah beringat di mana kita sebelum ini dan ke mana kita selepas ini

No comments:
Post a Comment