About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Sunday, 3 April 2016

DALAM KENANGAN












Kita tidak dapat mencipta kenangan jika kita tidak miliki pengalaman. 



Ramai yang bersetuju, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman juga adalah suatu kenangan. Mempelajari sesuatu melalui pengalaman adalah perlu. Namun tidak semua pengalaman itu boleh menjadi guru kerana segalanya bergantung kepada situasi semasa. Cuma yang pasti pengalaman itu memberi yakin kepada suatu pilihan dan suatu keputusan.

Pengalaman berhadapan dengan suatu kesilapan misalnya. Kita akan lebih yakin dengan keputusan yang kita akan ambil pada masa hadapan sekiranya kesilapan masa lalu menjadi pengajaran buat kita.

Pengalaman menghadapi suatu kehidupan yang sukar misalnya. Kita akan serik dan tidak akan cuba melangkah dalam situasi yang sama sekiranya kesukaran silam menjadi mimpi ngeri buat kita. 

Apa yang penting adalah mengutip pengajaran dalam kenangan. Setiap manusia tidak terlepas dari berbuat salah. Kesalahan yang kita lakukan tanpa sengaja. Walaupun kadang-kadang kita sengaja melalukan tetapi apabila kita sedar perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak patut kita lakukan ia akan menjadi suatu penyesalan. Penyesalan itu akan menjadi titik hitam dalam kenangan kehidupan walhal ia adalah sesuatu yang mulia. Di sinilah terbit pengajaran.

Dalam menghayati pengajaran keikhlasan hati mengakui kesilapan dan ketulusan hati memaafkan adalah paling utama. 






                                   





No comments:

Post a Comment