Masa terasa pantas...
Its been quit long time that I left my blog.
Macam-macam berlaku sejak post terakhir Januari 2012. Antara yang sangat meninggalkan kesan adalah:
Kak Long dah dapat pindah balik semenanjung. Kini berkhidmat di Hosp. Seremban setelah entah berapa kali aku turun naik KKM... Alhamdulillah rayuan dilayan dengan baik.
Oktober 2012 aku dah jual Kelisa dan dapat Swift... Sayang sangat dengan Kelisa tu... sebab banyak berjasa... selama kereta tu berkhidmat 2005 tak pernah bermasalah. Setia membawaku meredah KL buat pertama kali selepas balik dari Labuan. Dengan kereta tu juga aku pergi out station, memantau, dsb. Tapi alhamdulillah dapat pengganti dah...
6 November 2012 kami kehilangan bapa (bapa mertuaku). emmm dari Allah kita datang kepadanya kita kembali... Setelah menanggung kesakitan sekian lama akhirnya Allah hilangkan segalanya. Semoga abah ditempatkan dikalangan para shuhada.
Kini Disember telah dipenghujungnya... menanti 2013 dengan harapan agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang merimpah ruah...

No comments:
Post a Comment