Ini bukan pertama kali mengalaminya. Hampir setiap kali mendapatkan rawatan perkara yang sama berlaku. Mungkin hanya aku yang melihatnya atau merasainya. Perkara ini kuketengahkan bukan kerana nak menjatuhkan profesion sorang DOKTOR. Malah aku tahu kerja seorang doktor semurni seorang GURU . Namun mungkin hanya kerana nila setitik sahaja.... Sama seperti seorang guru jika dia melakukan perkara yang kurang baik maka dia juga mungkin merosakkan persepsi orang terhadap professionnya..... Yang pasti kita hanya manusia tidak kira siapa kita di dunia ini....
Tiap-tiap kali bertemu doctor, pertama sekali kita akan ditanya "apa masalahnya?". ini prosedur sebelum dignosis dibuat. Pesakit akan menghuraikan sejarahnya dari awal dan doctor akan bersoal-jawab tentang punca masalah itu. Kemudian sekiranya doctor berpuas hati dan yakin dengan kesimpulan yang dibuat maka 'rawatan' akan bermula. Sama ada dengan oral, injection atau apa2 prosedur lagi. Namun sebaliknya jika prosedur memerlukan tindakan selanjutnya dan pesakit perlu bermalam maka "warded" lah kita.
Dulu ketika mendapat cahaya mata pertama.... anakku kurang enzim G6PD menyebakan jaundis... (kata doktor) selepas rawatan di ward.... baby dibenarkan pulang. Namun rawatan susulan perlu lagi... semasa rawatan susulan doktor N (namanya kekal dalam ingatan) bertanya "apa masalah anak puan?" Dengan terpinga-pinga aku melihat suamiku kerana kami datang atas appoinment rawatan susulan kenapa nak tanya lagi apa masalahnya? Suami dengan ikhlas menjawab " dia kena G6PC"... doktor ketawa... mana ada penyakit G6PD.... kurang enzim G6PD adalah..... Dalam hati aku menjawab " Aku bukan doktor, mana aku tahu...... tugas engkau sebagai doktorlah menjelaskan aku bukan ketawakan kebodohan aku.....". Tetapi kata-kata hati itu kusembunyikan disebalik senyuman pahitku... Sambil melayan kesakitan hati, aku menerangkan apa yang berlaku kepada babyku dari awal walaupun aku percaya semua keterangan itu ada dalam fail di hadapan doktor itu... Akhirnya aku bertanya "apa rawatan susulan yang dokto nak beri?" emmm dengan bangganya doktor kata " Tak ada rawatan apa-apa cuma kita nak monitor aje tahap dia... so lepas ni pergi makmal ambil darah lepas dapat result datang bilik ni semula" emmm itu aje.. yang ditanya apa masalahnya tu apa ke bendenya? Kalau nak menguji pengetahuan aku, ujilah dalam bidang aku....
Inilah juga berlaku pada bapa mertuaku. Setelah dimasukkan ke hospital... ujian demi ujian dilalui. Orang tua yang telah mencecah usia 70an sudah tentu merasai kurang selesa sekiranya prosedur yang dibuat tidak dijelaskan secara terang. Mungkin doktor merasai tidak perlu menjelaskannya kerana orang tua tidak akan faham... namun anak-anak yang datang bertanya juga tidak dijelaskan secara terperinci. Mungkin melihat anak macam tak faham 'teminologi" yang diguna pakai.
Selesai dignosis, bapa mertua dipohon berpindah hospital kerana kepakaran tidak ada dihospital berkenaan. Di hospital yang ada kepakaran ini pun serupa juga. Setiap ujian yang telah dijalani di hospital sebelumnya perlu diulang lagi kerana keputusannya mungkin tak valid lagi... itulah kata doktor. Setiap kali bertemu doktor yang merawat bapa mertua itu, kami bertanya progress dignosis itu. Setiap kali itu lah doktor tidak pernah jelaskan perkara yang sebenar... memang mungkin ianya belum sahih lagi... Tetapi bila ditanya apa yang berkemungkinan itu pun tidak pernah doktor menyatakan dengan jelas. Hanya macam nak tak nak aje.. sepatah ditanya sepatah dijawab.. mahal sungguh ilmu yang ada itu...
Selesai ujian2 semuanya, bapa mertua dibenarkan pulang dengan berbekalkan "paracetamol". keputusan ujian2 semuanya itu akan dimaklumkan kemudian. Appoinment dibuat untuk mendapatkan keputusan ujian. kami mohon sebarang data atau surat dari hospital untuk dibawa bersama. Namun doktor kata tak ada apa2 yang perlu ditulis. Sehari selepas pulang bapa mertua ku pengsan, dan kami membawanya ke hospital berhampiran. Doktor di wad kecemasan itu nak melaksanakan ujian lagi kerana dokumen sebelumnya tak ada bersama. kami mohon doktor menelefon hospital yang merawatnya. Namun tak dapat merujuk apa2. Bila bapa mertuaku sedar semula kami bawanya pulang.
Tarikh mengambil keputusan tiba. Suamiku pergi berjumpa doktor PAKAR itu. Hasilnya bapa mertuaku dinasihati menjalani pembedahan untuk membuang tumor itu. Suami bertanya soalan demi soalan, nampak doktor kurang selesa dan tak berkeyakinan menjawab soalan. Apatah lagi tempat bertemu doktor itu bukannya bilik perseorangan tetapi ada pesakit2 dan doktor-doktor lain disebelahnya. Suami minta nombor telefon doktor, namun jawapannya " kami tak boleh beri nombor telefon, kalau nak telefon kami guna nombor yang ada dalam letter head hospital tu". Wajah suami berubah... aku tahu dalam hatinya berkata... "Nombor di letter head itu adalah nombor umum hospital berkenaan.. kan ada banyak jabatan dan bahagian dalam hospital tu..... takkan doktor tak ada direct line?"
Bila suami bertanya apakah cara lain atau apa akan berlaku jika tidak dibuang tumor itu? Doktor kata itu aje caranya... kalau tak dia akan merebak dan membesar. Bila ditanya punca tumor itu dan akibatnya sekiranya tumor merebak... doktor hanya mengangkatkan bahu aje.... macam acuh tak acuh nak menjelaskannya... tidak langsung dijelaskan perkaitan masalah 'hipo' bapa dengan 'tumor' nya itu...
Berbeza dengan seorang guru yang boleh 24 jam dihubungi oleh ibu bapa yang nak bertanyakan tentang sekolah dan prestasi anak2. Kadang kala cikgu juga tak bercuti walaupun sekolah cuti kerana melayan 'pelanggan' nya. Kalaulah cikgu juga memberikan jawapan serupa sekiranya ibubapa nak nombor telefon, atau bertanyakan prestasi anak-anak..... bagaimana?
Kurang puas hati dengan keterangan doktor itu suami mencari sendiri di Internet.... segalanya terjawab di internet. Keadaan bapa metua dan apa yang berkemungkinan dan apa yang telah ditunjukkan semuanya match dengan dignosis di internet.
Hypoglycemia yang abah hadapi mungkin adalah punca tumor itu, kekurangan gula dalam darah ada perkaitan dengan rembesan insulin dan radang di pankreas. Oleh kerana abah bukan diabetes maka tidaklah banyak karenahnya. Usia abah itu dan lamanya hypoglycemia ini boleh menjadi punca tumor itu. Rawatan yang paling baik untuk mengurangkan komplikasi adalah diet abah... dia perlu kerap makan dan mengambil diet yang pelbagai... carborhydrate dalam buah-buahan seperti orange, grapes apples amat baik dan membantu berbanding gula buatan manusia. Pengambilan crakers di waktu malam (supper time) juga boleh mendatangkan kesan positif kepada hypo itu... namun tumor itu perlulah dibuang supaya tidak memburukkan dan mengancam organ yang lain... Perkara ini yang perlu dijelaskan oleh seorang doktor kepada orang biasa seperti kami.. bukan hanya menasihati tanpa justifikasi yang jelas....
Kami tidak menyalahi doktor yang tidak tahu menjelaskan perkara ini tetapi mengingati diri dan ninjas kami bahawa .... belajarlah "bertanya" untuk mendapatkan jawapan, dan sekiranya rezekimu menjadi seorang doktor... maka ingatlah bahawa bukan semua orang diluar sana tahu bagaimana nak "bertanya" tentang sesuatu yang bukan didalam bidangnya.... dan kadang-kadang tidak ada soalan untuk setiap jawapan sepertimana kadang -kadang tidak ada jawapan untuk setiap soalan.... Fikir dan renungkanlah....

No comments:
Post a Comment