Monday, 19 September 2016
Tuesday, 23 August 2016
BERBUDI
Friday, 19 August 2016
BERPIJAK DI BUMI NYATA
Hakikat kenyataan yang hakiki. Kenyataan adakala sukar diterima dan adakalanya dibayangi dengan impian dan angan-angan. Memang indah menaruh harapan. Harapan yang besertakan doa dan usaha sekalipun tiada jaminan kenyataan apatah lagi jika hanya sekadar impian dan anganan. Namun tidak juga mustahil untuk digapai. Ibarat bulan jatuh ke riba. Ibarat kejora berkelip siang. Semuanya tidak ada yang dapat menduga.
Ninja 1: Abang rasa abang nak tukarlah cita-cita.
Ibu: ermmm nak jadi apa pula?
Ninja 1: Rasa nak jadi Lawyer.
Ibu: Jadilah apa-apa pun abang. Asalkan masih menjadi manusia.
Ninja 1: Ibu agak, ok ke? Boleh ke abang jadi lawyer?
Ibu: Nak jadi apa pun semua perlu akademik. Zaman abang nanti, saingan hebat tau. Sekarang ni jadi cleaner pun ada degree tau.
Ninja 1: Adush!!! abang takut lah matematik abang lemah.
Ibu: That is why kena practise hari-hari. Ni tidak.. bila ibu suruh belajar jer.... bla... bla...bla..bla..
Ninja 1 sumbat telinga dengan earphone, mulut kumat-kamit ikut lagu.
Ninja 1: Ibu dah pergi ke Switzerland?
Ibu: Dah. Europe semua dah.
Ninja 1: Mana negara Ibu tak pergi lagi?
Ibu: Timur tengah, New Zealand
Ninja 1: America pernah ke?
Ibu: Tak. Apasal?
Ninja 1: Abang nak duduk America lah.
Ibu: Pergi sendiri. Belajarlah rajin-rajin baru ada peluang.
Ninja 1: Abang bukan nak pergi belajar. Nak kerja kat sana.
Ibu: Sebelum kerja kena lah belajar. Mana nak dapat kerja kalau tak belajar.
Ninja 1: Ibu tak nak ke duduk Amerika?
Ibu: Abang kerja kat sana nanti ibu ikut lah.
Ninja 1: Ermmmm dapat ke abang pergi sana?
Ibu: Kalau berusaha tak ada yang mustahil. Insha Allah bang... tapi jangan lupa ibu lah.
Ninja 1: Yesszzaa!
Ninja 1 buat muka puas hati macam dah dapat jaminan impian tercapai. Dalam hati seorang ibu hanya mengaminkan doa dan harapannya.
Pasanglah angan-angan mu. Berusahalah mencapainya. Tidak ada yang mustahil bagi kuasa Tuhanmu. Namun, jika kau hanya merayu bulan pasti ribamu tetap kosong.
Ingatlah, adakalanya segala impian bisa jua musnah. Bukan olehmu tetapi oleh sesuatu yang lain. Adakalanya impian akan menjadi kosong belaka. Ketika itu, rasa kecewa adalah perlu supaya kau tidak menatang egomu dan berpijak di bumi yang nyata. Namun kekecewaan bukan membawa putus asa. Binalah semula impian baru sehingga bertemu kenyataan.

Wednesday, 20 July 2016
BERPESAN-PESAN LAH SAYANG
Berkasih sayang perlu ada buktinya?
Ramai pasangan bahagia mengiakanya. Ramai juga pasangan yang gagal tidak menafikanya.
Bagaimana membuktikan kasih sayang?
Kasih dan sayang tidak sukar dibuktikan. Apa yang sukar hanyalah mentafsirkannya.
Bagaimana mengesan kasih dan sayang?
Kasih dan sayang boleh dirasai kewujudannya jika kita memandang dengan mata hati.
Kasih dan sayang wujud tattkala kita diserang rindu ada pengubatnya.
Kasih dan sayang lahir tatkala kita sering berpesan-pesan.
Berpesan-pesanlah agar dia merasai bahawa engkau kasih akan dia.
Berpesan-pesanlah agar dia dapat melihat dalam hatinya ada rasa sayang.
Berpean-pesan biarlah perkara yang baik-baik....
Mimbar : ikatan hati dgn Allah. Jgn tinggal kan solat
Mimbar : ilmu yg di ajar perlu berpegang kpd aqidah.
Mimbar:Hormati guru Dan kenang jasa guru
Mimbar : berbakti kpd ibubqpa
Mimbar : Dr syaaban Ke Ramadhan
Mimbar: jgn sesekali meragukan perintah Allah
Mimbar : hayatilah Ramadhan.
Mimbar: sinari kehidupan dgn Al Quran.
Mimbar: jadi lah org bertaqwa di sisi Allah
Mimbar: jumaat ramadhan terakhir. ..sambutlah syawal dgn kemenangan
Mimbar Masjid Bongek: Aidil Fitri memahami Jihad yang sebenar.
Mimbar masjid dungun : aidilfitri bukan untuk bersukaria tanpa batasan
Mimbar: kedatangan syawal perlu Di sambut dgn amal dan taqwa
Mimbar: bangkitlah mempertahankan agama Islam.

Tuesday, 28 June 2016
ANDAINYA KAU BERSAYAP
"Bila memandang bintang di langit jangan lupa rumput di bumi"
![]() |
| N17Atmosphere 360 230616 |
Fitrah manusia mudah alpa. Namun manusia miliki akal untuk berusaha. Berusaha untuk tidak melupakan asal usul. Berusaha untuk menanam jati diri. Banyak sudah teladan di hadapan mata. kita didatangkan dari pasangan adam dan hawa yang bergelar ibu dan ayah. Dari rasa cinta insan berdua membenih jiwa yang ada dalam sebuah nyawa. Nyawa yang kita hidupkan dengan setiap hela nafas bersama keizinan tuhan.
Tiba saatnya kita diberi ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kedua-duanya perlu diikat agar setiap tindak saling dikait. Bila usia mengizinkan sepasang sayap. Terbanglah sayang...
Terbanglah setinggi mana yang kau mampu. Rentaslah langit cita-citamu. Carilah di atas sana segalanya yang tidak kau peroleh di bumi. Nikmatilah segalanya di atas sana yang tidak bisa kau bawa pulang. Namun, saat engkau di sana apa yang kau simpan dalam hati usah kau biarkan saja ia sepi di hati. Carilah jalan pulang...
Bintang tidak selamanya berkelip. Awan tidak selamanya di atas. Ada ketika ia mencair dan jatuh ke bumi. Sedangkan matahari tidak mampu bertahan apatah lagi hatimu yang hanya ada sebuah cinta. Pulanglah kembali menjejak rumput di bumi. Kelak kau bisa terbang lagi kerana sayapmu sentiasa padamu.
Restu seorang ibu usah kau lupa...
Wednesday, 8 June 2016
Ramadhan Kembali
Ramadhan Kareem!
Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi menemui Ramadhan.
Tiap kali menyambut Ramadhan banyak niat dan hasrat terpahat. Semuanya mengharapkan Ramadhan kali ini lebih sempurna. Semoga benar, ia akan lebih sempurna.
Jika dahulu fadilat-fadilat dan amalan-amalan baik sepanjang Ramadhan disampaikan dari bibir ke bibir. Sesiapa yang pergi ke rumah Allah akan lebih mendapat ilmu. Namun kemajuan teknologi hari ini memudahkan kita menerima pelbagai bidang ilmu hanya dengan "touch n swipe" skrin telefon sahaja. Jadi tidak ada alasan lagi bahawa kita masih jahil mengenai sesuatu dalam hukum agama.
Ramadhan kali ini juga membawa rutin yang hampir sama. Berbuka, berterawih, bertadarus, bersahur, bersedekah dan sebagainya. Namun penghayatannya mungkin berbeza. Dahulu Hariq masih agak sukar menghayati Ramadhan kerana usianya. Tahun ini dia sudah mulai mengerti bahawa seorang Musilm wajib berpuasa. Hariq sudah boleh turut bersama solat dalam saf, namun sesekali perlu ditegur.
Haziq dan Hafiq memang sudah mencapai tahap baligh dan wajib menunaikan ibadah sepenuhnya seperti seorang dewasa. Aku rasa bersyukur kerana Ramadhan kali ini aku tidak banyak mendengar rungutan tentang juadah berbuka. Hampir tidak ada cerita atau soalan tentang "buka puasa makan apa?". Memandangkan hanya aku seorang "Chef" di rumah itu, mungkin aku merindui soalan itu. Namun dari sudut yang lain aku rasa kuasa besar sudah berada di tanganku. Kedua-duanya mempunyai cermin yang berbeza. Semuanya berkait dengan penghayatan Ramadhan.
Syukur kepada Pencipta kerana masih memberi aku segalanya yang aku perlu dalam menunaikan Ibadah Rukun ini. Walau kadang kala kesabaranku digoncang oleh keimanan yang menipis, aku masih boleh bertahan bersama hati yang dapat memendam rasa. Ini sangat membantu aku bersyukur dan menghambakan diri pada Allah. Ketidaksempurnaan yang terpampar di kaca mataku adalah sebenarnya kesempurnaan yang sepadan dengan ku. Perasaan ini sebenarnya memberi kekuatan agar aku tidak keluar dari landasan. Menerima seadanya dan menghargai setiap satunya.
Aku jua berharap perjalanan Ramadhan ini memberi aku ruang mengutip segala bekal yang aku perlu di sana nanti. Semakin hari semakin memendek usiaku. Semoga Allah menggambilku saat imanku berada di darjat yang paling tinggi. Semoga juga zuriatku akan sentiasa menghargaiku dengan Al-fatihah untukku setiap detik waktu tika aku di sana nanti.

Sunday, 3 April 2016
DALAM KENANGAN
Kita tidak dapat mencipta kenangan jika kita tidak miliki pengalaman.
Ramai yang bersetuju, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman juga adalah suatu kenangan. Mempelajari sesuatu melalui pengalaman adalah perlu. Namun tidak semua pengalaman itu boleh menjadi guru kerana segalanya bergantung kepada situasi semasa. Cuma yang pasti pengalaman itu memberi yakin kepada suatu pilihan dan suatu keputusan.
Pengalaman berhadapan dengan suatu kesilapan misalnya. Kita akan lebih yakin dengan keputusan yang kita akan ambil pada masa hadapan sekiranya kesilapan masa lalu menjadi pengajaran buat kita.
Pengalaman menghadapi suatu kehidupan yang sukar misalnya. Kita akan serik dan tidak akan cuba melangkah dalam situasi yang sama sekiranya kesukaran silam menjadi mimpi ngeri buat kita.
Dalam menghayati pengajaran keikhlasan hati mengakui kesilapan dan ketulusan hati memaafkan adalah paling utama.
Subscribe to:
Posts (Atom)