Beberapa hari menjelang 12 Januari 2011. Insyaallah jika dipanjangkan usia, dapat sekali lagi menyambut hari kelahiranku buat kesekian kalinya... tapi kali ini sambutannya tanpa kehadiran ibu di alam fana ini... namun jauh disudut hati tetap berterima kasih atas kelahiranku. Syukur alhamdulillah dapat merasai nikmat di dunia sejak detik pertama membuka mata hingga saat ini.
Walaupun tidak pernah menyambutnya dengan 'party' atau sebarang keraian namun cukup dengan sinaran mentari hari itu sebagai hadiah yang paling besar dan sangat istimewa. Cuma mengharapkan kehadiran orang yang disayangi untuk meraikan bersama....
Sambutan hari jadi ada berbagai andaian. Menyambutnya dengan cara yang lebih bersyukur... Sangat subjektif.... Bersedekah dengan cara mana sekalipun haruslah tidak mengundang perasaan riak dan takbur.
Kepada ninja-ninjaku...
Emm aku faham anak-anakku... menginginkan majlis harijadi yang sangat istimewa dengan kehadiran teman-teman dan 'badut'. Permaian, kek besar, tiupan lilin dan hadiah-hadiah menjadi impianmu. Maafkan ibu ya... hingga kini masih tidak dapat memenuhi impian itu. Bimbang ianya akan menjadi rutin saban tahun dan merosakkan fahamanmu tentang sambutan harijadi... bimbang juga jika tak dapat memenuhinya secara adil untuk semua... Biarlah kita bersyukur dengan cara yang lebih ekonomi sesuai dengan 'mengukur baju di badan sendiri....'
Monday, 10 January 2011
Thursday, 6 January 2011
KEPERCAYAAN yang boleh dikaji
Kebetulan musim 'flu' tiba lagi... di pejabat, di rumah dan di mana-mana orang menggunakan tisu. Vitamin C setiap hari tidak dapat menjadi antibody untuk virus ini. Hari ini terima e-mail dari seorang teman yang mencadangkan satu laman web. kajian dan penemuan dalam dunia perubatan. tertarik dengan satu artike tentang kehebatan 'bawang'. Teringat satu kepercayaan zaman purbakala yang pernah dibaca dalam novel Inggeris lama. Kepercayaan orang dahulu kala bahawa bawang boleh menghalang kejahatan, makhluk halus atau niat buruk seperti 'santau'.
Namun dalam artikel di laman web ini menceritakan kuasa bawang menyerap virus dan bakteria. Di sini saya bawa cebisan artikel itu untuk dikongsikan bersama:
Onions are a huge magnet for bacteria, especially uncooked onions.
In 1919 when the flu killed 40 million people there was this Doctor that visited the many farmers to see if he could help them combat the flu. Many of the farmers and their family had contracted it and many died. The doctor came upon this one farmer and to his surprise, everyone was very healthy. When the doctor asked what the farmer was doing that was different the wife replied that she had placed an unpeeled onion in a dish in the rooms of the home, (probably only two rooms back then). The doctor couldn't believe it and asked if he could have one of the onions and placed it under the microscope. She gave him one and when he did this, he did find the flu virus in the onion. It obviously absorbed the virus, therefore, keeping the family healthy.
The moral of the story is, buy some onions and place them in bowls around your home. If you work at a desk, place one or two in your office or under your desk or even on top somewhere. Try it and see what happens. Are we will never got the flu? Whatever, what have you to lose? Just a few bucks on onions!
And..... You should never plan to keep a portion of a sliced onion. It's already contaminated enough just by being cut open and out for a bit, that it can bea danger to you. If you take the leftover onion and cook it like crazy you'll probably be okay, but if you slice that leftover onion and put on your sandwich, you're asking for trouble.

Tuesday, 7 December 2010
The 2 Ninjas turned 2 Samurais...
Alhamdulillah, 4 Dis 2010 lalu 1st Ninja n 2nd Ninja selamat dikhatankan.
Berkhatan bukan hanya amalan masyarakat Islam masa kini malah menjadi amalan masyarakat lain di serata dunia. Ternyata amalan ini mendatangkan kebaikan kepada kesihatan. Jika dahulu berkhatan merupakan perkara yang sangat gerundi kalangan kanak-kanak Islam namun kini ianya tidak lagi merungsingkan malah menjadi permintaan walau seawal usia 6 tahun. Kanak-kanak kini merasakan amat bangga jika mereka telah berkhatan. Amat jarang kita melihat kanak-kanak lelaki berkhatan di usia 12 tahun. Rata-rata telah melaluinya di usia 9 tahun.
Seiring dengan kemajuan teknologi, cara melaksanakan khatan ini juga telah dimajukan. Tidak ada lagi 'Tok Mudim' mundar-mandir menjejaki anak-anak lelaki yang telah cukup usianya. Tidak ada lagi batang pisang yang tumbang untuk melaksanakan tuntutan ini. Pelbagai cara moden boleh dipilih dengan bayaran yang berbeza. Sama ada dengan gunting dan jahitan, 'lazer' atau semudah 'clam' sahaja. Semuanya digandingkan dengan suntikan pelali. Kanak-kanak kini boleh tersenyum melaluinya. Boleh berseluar dan melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas sehari berkhatan.
Namun, sejauh mana sekalipun arus kemodenan itu, amalan dan tradisi lama harus dilupa jangan. Berendam dan mengaji sebelum berkhatan masih boleh diamalkan kerana amalan ini tidak menjejaskan teknologi.
Monday, 6 December 2010
Kembara bersendirian.
Sayu melihat 'Atok' bersama beg pakaian dan beg galasnya yang agak berat. Melihat sahaja hati telah robek, inikan pula yang melaluinya.... Pakaiannya kini diurus sendiri. Segala macam yang di bawanya juga diaturnya sendiri... Tiada lagi kembara berdua-duaan. Tiada lagi 'diskusi' tentang apa yang perlu diisi dalam beg itu. Tiada juga diskusi apa yang hendak dibekalkan ke sana sepanjang perjalanan nanti . Wajah exited juga malap. Hanya single tiket dalam koceknya.
Niat hati ingin merakamkan potret nya saat melangkah pergi.... namun tak tersampai hati memetik detik itu. Juraian airmata telah jatuh sebelum kanta dapat ku fokuskan ke arahnya.
Tambah sebak melihat wang atas meja yang kubekalkan untuknya ... dipulangkan buat belanja sekolah anak-anak. 'Ayah ada cukup wang untuk belanja di sana' katanya.
Lambaian tangan anak-anak disambutnya dengan lambaiannya juga. Aku juga melambai bersama senyuman dan tangis. Seakan terbayang 'Uwan' bersamanya seperti kebiasaannya. Atau mungkin juga benar.....

Monday, 15 November 2010
Oktober 2010 (102610) dalam kenangan...
Puisi buat bonda dan nenda yang pergi pada Oktober 2010.
Mengimbas kembali Oktober lalu....
Hati kembali sebak
Mata kembali basah
Rindu kembali parah
Luka kembali berdarah
Namun aku tetap pasrah.
Bonda...
Tiap kali melewati laluan itu
pusaramu seakan melambai
masih adakah impianmu yang tak kesampaian?
atau
masih adakah dosaku yang tak kau ampunkan?
Nenda...
suaramu mengalun ayat-ayat suci amat kurindui
rindu yang amat perit
perit melihat hidupmu tanpa cahaya
namun kutahu engkau lebih senang di sana
dengan limpahan 'Nur-kasih di syurga'...
Innalillahiwaninna ilaihirajiuun.

Friday, 22 October 2010
Siapa dia sebelum daku?
Siapa Dia Sebelum Daku
Roy & Fran
Aku selalu memikirkannya
siapa dia sebelum daku
gadis kau puja hingga kecewa
kini kau tak menyatakan
Aku pun juga sering tertanya
siapa dia sebelum daku
pria kau puja hingga merana
kau merahsiakannya dari ku
Sejak kau wujud dalam hidupku
semuanya telah terpadam
bak bayangan yang indah di malam purnama
ditelan mentari pagi
apa disentuh sejarah dulu
hanya menyakit hati sendiri
telah ditemukan kita berdua
engkau lah sinar hidupku
engkau lah sinar...
engkau lah pelita...
engkau lah sinar hidupku....
Thursday, 21 October 2010
Dilema Undangan
Zaman dah berubah.... pelbagai cara mengundang atau menjemput tetamu ke majlis.
Namun tidak kurang juga pelbagai cara juga menolak undangan.
Paling seronok jika menerima undangan dengan kad yang pelbagai reka bentuk. Beriben , berbunga, berbau harum dan dalam pelbagai warna. Bukan setakat majlis sahaja bertema namun kad undangan juga bertema . Contohnya dengan warna tema yang sama seiring dengan majlis.
Pengirim kad sudah pasti inginkan undangan mereka dipenuhi. Namun bagi si penerima tafsiran ke atas undangan adalah pelbagai. Jika si pengirim hanya menghantar e-mail atau sms, maka undangan itu ditafsirkan agah lewah. Trend terkini adalah undangan di facebook. Undangan di facebook juga disertakan ruang untuk menjawab sama ada hadir atau tidak. Ini juga mendatangkan dilema kepada kedua-dua pihak. Bagi pihak pengirim, bajet yang dikira adalah berdasarkan jawapan yang diterima namun sudah pasti ada yang tidak menjawab sama ada hadir atau tidak kerana bukan semua akan membuka facebook saban hari. Maka bajet itu sudah tidak valid lagi... Bagi pihak si penerima undangan melalui laman sosial ini pula adalah pelbagai. ada yang menganggap hal ini satu kemajuan, namun tidak kurang juga yang menganggap ianya tidak serius lantas diabaikan.
Tertarik dengan kad undangan pelbagai media ini, mengundang peningkatan e-dagang. Iklan dan pasaran kad undangan di sesawang meningkat. Jika dahulu proses menempah kad undangan agak memakan masa dan kos yang tinggi kerana bayaran juga termasuk kos 'design'. Namun, kini himpunan rekabentuk hanya perlu dipilih. Dengan satu 'klik' sahaja kita boleh mendapatkan kad undangan seperti yang diingini. Dengan semudah satu 'klik' juga kita boleh mengirim e-kad kepada seberapa ramai yang kita mahu dan semudah itu jugalah penerima boleh menolak atau menerima undangan.
Namun dilema mengirim dan menerima e-kad ini tetap ada kerana kita baru sahaja berada di era perubahan... masih ramai lagi yang buta IT atau memang lebih selesa dengan amalan tradisional. Dilema utama mengirim dan menerima e-kad ini adalah.
Adakah si pengirim telah pasti e-kad telah tiba ke destinasi atau telah dibaca oleh penerima? Sejauh manakah si penerima menganggap undangan melalui e-kad ini serius atau hanya sekadar ajak-ajak ayam.? Emm tepuk dada tanya selera....

Subscribe to:
Posts (Atom)