About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Tuesday, 8 March 2016

Pencarian HAZIQ





Entry kali ini khas untuk buah hatiku Wan Amirul Haziq yang sangat dicintai. Sejak kelahiranmu hidup kita sentiasa bersinar. Meskipun saat kita sedang mendaki gunung yang tinggi. Meskipun saat kita menempuhi ranjau berduri. Namun dalam pencarian dan ranjau sepanjang jalan, kau memberikan sinar kepada setiap harapan.

Ingin ibu sampaikan kisah sebuah PENCARIAN.


Suatu ketika dan di suatu daerah, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya gontai dan air muka yang resah. Tamu itu, memang tampak seperti orang yang tak bahagia dan sangat berduka. Dia datang bertemu Pak Tua kerana ingin mencari kebahagiaan. Hidupnya selama ini diraakan tidak bahagia. Segalanya penuh kepahitan.

Tanpa mengharapkan apa-apa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya. Selesai meluahkan segalanya. Pak Tua mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan. “Cubalah minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..”, ujar Pak tua itu.

“Masin! Masin sekali”, jawab sang tamu, sambil meludah ke samping.
Pak Tua itu, sedikit tersenyum, lalu mengajak tamunya ini, berjalan di tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan, dan akhirnya sampailah mereka di tepi telaga yang tenang.
Pak Tua, lalu menaburkan segenggam garam ke dalam telaga itu. Dengan sebatang kayu, mengaduk-aduk riak air, mengusik ketenangan telaga itu.

“Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah. Saat tamu selesai mereguk air itu, ceritalah bagaimana rasanya?”.

“Segar.”, sahut tamunya.

“Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?”, tanya Pak Tua lagi.

“Tidak”, Si Anak Muda.

Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk bahu Si Anak Muda. Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di sisi telaga itu.

“Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah ibarat segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa masin itu adalah sama, dan memang akan tetap sama kerana jumlah garamnya sama.

“Tapi, kemasinan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Sama seperti kepahitan yang kita termia dalam hidup. Jumlah kepahitan itu mungkin sama juga dengan yang diterima oleh orang lain. Kepahitan hidup itu, akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang bisa kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.”

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. “Hatimu, adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”

Keduanya lalu berjalan pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Pencarian kebahagiaan dalam hidup tidak akan berakhir jika kita tidak menghadapi kepahitan dengan berlapang dada. Pencarian makna hidup bergantung kepada pendirian yang kita sandarkan pada hati. Jangan kita goyah dan ragu kerana keraguan itu akan menghilangkan makna yang telah kita genggam.

Haziq, pada setiap kepayahan yang kau rasa sebenarnya ada nikmat yang akan kau temui jika kau menghadapi kepayahan itu dengan redha. Setiap kali kau persoalkan kenapa dan mengapa... semakin kau akan kehilangan jawapannya. Ibu juga turut sedih tika kau mula persoalkan setiap perbezaan yang kau terima.  Percayalah... dalam hidup ini semuanya tidak setara jika kita membanding beza. Tetapi jika kita bersyukur kita akan temui nikmat yang setara pada setiap perbezaan.

Janganlah kau pandang pinggan orang lain tatkala engkau berhadapan dengan  rezeki dalam pingganmu. Nikmatilah rezeki yang engkau peroleh... belum tentu apa yang ada dalam pinggan orang dapat memenuhi seleramu dan dapat mengenyangkanmu. Ibu sayang kamu sama seperti Ibu sayang adik-adikmu. Merekalah yang akan menjadi penemanmu sepanjang hayatmu... kongsikanlah cintamu pada Hafiq dan Hariq. Lapangkanlah dadamu menerima segalanya yang ditentukan Allah. Ibu yakin, kamu akan menjadi anak yang soleh, suami yang baik, pemimpin yang saksama kerana kau adalah Puteraku yang Bijaksana.



Mencari makna yang hilang....


Hidup ini ada ketikanya memberi kita suatu rasa seolah kita hilang sebuah makna. Mencari makna dalam hidup kadang kala lebih sulit dari menjalani kehidupan. Justeru kita akur bahawa hidup ini adalah PENCARIAN. 

Saat kita lahir dan sedar kita miliki akal berfikir, kita mula mencari sesuatu dalam hidup. Saat itu kita bertanya apakan tujuan hidup.?Apakah Makna Hidup? Mencari makna hidup adalah ibarat mencari satu titik muktahir bagi penentu jalan seterusnya. Ibarat berada di persimpangan yang mempunyai banyak haluan. Rujukan yang benar dalam mencari titik ini adalah Al Quran. 

Ajaibnya Al Quran. Kita tidak bisa mengubah walau sepotong ayatnya tetapi Al Quran boleh mengubah seluruh hidup kita.

Dalam Pencarian Makna Hidup... suatu detik kita akan redha dan mendapat kebenaran bahawa; "Hidup kita di dunia menjadi penentu hidup kita di akhirat".

HIDUP ADALAH IBADAH

Kita hanyalah hambaNya. "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku".


HIDUP ADALAH UJIAN

"Allah yang menjadikan hidup dan mati supaya Dia menguji kamu. Siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" . ~Al Mulk


HIDUP INI SEMENTARA

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. ~ Al Mukmin



"There are no coincidences in life. What person that wandered in and out of your life was there for someone purpose, even if they caused you harm. Sometimes, it doesn't make sense the short periods of time we get with people or the outcomes from their choices. However, if you turn it over to God, he promises that you will see the big picture in the hereafter. Nothing is too small to be a mistake"
Shannon L. Alder

"Life is problems. Living is solving problems"
Raymond E. Feist, Silverthorn


YAKINLAH BAHAWA MAKNA YANG TELAH KAU GENGGAM TIDAK AKAN PERNAH HILANG... DIA ADA DALAM HATIMU.  HILANG MUNGKIN KERANA BAYANGAN KERAGUANMU. CARILAH DI CELAH-CELAHNYA... 




Thursday, 3 March 2016

Akad



_ In Progress _

"Aku terima nikahnya "












Muzik Di Hati


 - Nyanyian Hati - 

Bahasa yang indah dan puitis sering menjadi lirik gubahan lagu. Bahasa yang indah juga bisa melembutkan hati. Keindahan bahasa bisa juga menjadi muzik di hati.  Teringat bait-bait lagu yang pernah didendangkan ketika di Pesta Muzik Sekolah suatu ketika dahulu. Ketika itu lagu hanya didendangkan dengan maksud tersurat sahaja. Apabila usia menginjak dewasa, eh.. tua dah!. baharulah maksud tersirat dapat diselami.  



Zaman telah jauh berubah. Kesantunan budi bahasa dan adab sopan telah melalui proses evolusi yang ketara bezanya.  Jika dinilai tahap kesantunan budi dan bahasa dahulu dan masa kini, kita hampir tidak menemui titik akhir dalam satu rajah melainkan dengan skala yang besar. Begitulah jurangnya. Kita tidak pernah menizinkan ini berlaku tetapi kita mengizinkan nilai kesantunan itu bermula dari titik jurang kerana kita akur dengan perubahan zaman. Kita yang mendidik warga maka kita harus telan hasilnya.



Lihatlah bagaimana dahulu kala seorang kekasih melayan perasaan rindunya. Hanya dengan mendendangkan lagu sudah cukup menghilangkan gundahnya. Lagu menjadi muzik di hatinya. Dalam lagu juga terlihatkan kesantunan budi pekerti. Perkataan yang terpilih amat cantik memuja ciptaan tuhan. Memberi nilai kepada unggas. Menggambarkan fenomena kedamaian alam. Ini meletakkan perasaan rindu yang terbit di hati kekasih itu amat suci. Perasaan itu menampakkan satu anugerah, naluri dalam hati kekasih. Kesopanan dalam menyembunyikan tersirat melalui kata itu bisa menjadi muzik dalam hati biarpun maknanya tajam menikam. Begitulah ibarat perbezaan santun bahasa dahulu dan kini.  



Angin Menderu


Angin menderu, dahan jatuh menimpa batu kuburan.
Hatiku rindu, orang jauh tak lupa dari kenangan
Murai terkejut berikiacau-kicauan
Langit mendung diliputi awan
Alamat, bumi disirami hujan
Hati yang kusut merisau risauan
Nasib untung ditinggalkan kawan
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

kapal berlayar, siang malam di tengah lautan samudera
Hatiku sabar rindu dendam menanti kawan di mana?
Murai terkejut berkicau kicauan langit mendung diliputi awan
Alamat, bumi disirami hujan
Sayang di sayang




Teringat kenangan menyertai Pesta Muzik Sekolah-sekolah Negeri Sembilan. Kami mewakili Daerah Port Dickson. Ketika itu juga aku bertemu seorang guru muzik yang pernah mengetuk kepalaku  hingga berdarah , kerana tidak pandai baca note sedangkan aku tidak pernah belajar dan diajar membaca note. Alat muzik yang pernah aku main cuma angklong. Hanya setelah aku berpindah sekolah aku diajar di sekolah baru dalam daerah port Dickson. Pertama kali aku belajar membaca note, Aku mula belajar bermain alat muzik dan aku juga mewakili sekolah rendah dan sekolah menengah dalam pertandingan Koir dan Rekoder. Berbalik dengan pertemuan kembali guru muzik yang mengetuk kepala ku.. soalan pertama dia ketika bertemu "Eh awak pun masuk acara?". Aku menggangukkan kepala dan cikgu bertanya lagi. "Awak sekolah mana?" Sebaik aku menjawab pertanyaan kedua itu wajah cikgu itu berubah. "Sekolah yang Johan tadi kan? owhh!!! awak dah pandai ya?" Aku hanya menguntumkan senyuman. Pulang dari pesta muzik itu aku terfikir tentang pertemuan itu. Emmm... Allah ingin mengubat hatiku yang luka ketika kepala diketuk sebegitu kuat dahulu. Hanya dengan sedikit kejayaan luka itu terubat... Apa-apa pun... terima kasih cikgu kerana memberikan aku pengalaman dan pengajaran untuk aku menjadi lebih bernilai...

Cintamu Muzik Dihatiku (Anita Sarawak) 

Siapakah dirimu
Yang hadir kala ku sepi
Kerana kau menyentuh jiwaku
Bagaikan lagu merdu
Kau merawat sepiku
Kau membisikan kau cinta padaku
Dulu aku dibelenggu
Duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Cinta mu muzik di hatiku
Berlagu di dalam hidupku
Yang melenyapkan satu kedukaan
Cinta mu muzik di hatiku
Berputar tanpa rasa jemu
Dan menemani jiwa/diri ku yang sepi
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini

Pernah ku lafazkan
Tak mengulanginya
Tapi takdir-Nya siapa menduga
Untuk kali kedua
Ku kembali bercinta
Bercucuran lembut memukau hatiku
Dulu aku dibelenggu duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Cinta mu muzik di hatiku
Menjadi nada nada rindu
Yang berpanjangan bawa kedamaian
Cinta mu muzik di hatiku
Menyanyi di sudut jiwaku
Melahirkan satu pengharapan
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini


Monday, 29 February 2016

Merawat Perasaan


29 FEBRUARI 2016



Istimewanya hari ini. 29 Februari tak akan kita temui sehingga empat tahun lagi....
Terasa nak cipta satu kenangan indah hari ini. Walau pun hari ini hari bekerja, kebetulan mendapat arahan ke Port Dickson menjalankan tugas di sekolah yang tak asing lagi dalam hidup. Dareah ini juga adalah daerah yang sangat istimewa dalam hidup. 

Bermula dengan perkampungan kecil, Teluk Kemang kini ia sudah menjadi sebuah pekan yang sarat dengan deretan kedai dan gerai... Melihat ke pekan Port Dickson yang dulunya kecil kini sudah pesat dengan aktiviti usahawan. Terminal Bas yang dulunya hanya garisan kuning kini sudah ada bangunan gah di tengah-tengah bulatan. Restorant-restoran mewah dan makanan segera juga sudah tidak terbilang dengan jari yang sepuluh. 

Dewasanya daerah ini seiring usiaku. Apa yang pasti kedamaian pantai yang masih tidak berubah. Kata orang sekali air bah sekali pantai berubah. Namun pantai tetap pantai... masih setia dengan pergi dan datangnya ombak. Keadaan fizikal pantai yang berubah itu tidak sedikit mengancam kesetiaanya bersama ombak. Sungguhpun perubahan itu berpunca dari ombak sekali pun, pantai tetap menerimanya kembali walau saat tenang, walau saaat bergelora...

Melihatkan pertemuan pantai dan ombak ini hati jadi tenang. Biarpun sesekali ombak memecah ganas, setianya pantai seteguh karang di lautan. Biarpun putih pasir berubah tiap kali ombak memukul gigian pantai... pantai tetap utuh di situ menyambut ombak kembali.

Terasa ingin kekal di sini menyaksikan cerita alam. Segalanya dapat merawat perasaan. ermmm Merawat Perasaan 気分転換。。。juga boleh menjadi kenangan terindah. 




上を向いてる歩こう涙が溢れないように
思い出す歩く一人ぼっちの日








Tuesday, 23 February 2016

Kasih Kekasihku

Hanya padamu kekasih






Dalam perjalanan pulang dari bertugas di luar kawasan hari ini, aku tertarik dengan lagu puisi ini. Ia mengingatkan aku kepada tiga persoalan yang pernah aku berikan kepada seseorang.  Lama aku menantikan jawapannya kerana aku juga tidak bisa menjawabnya. 

Anak-anakku..
Setiap soalan ada jawapannya jika kau tanya pada hatimu...
Waima, jika kau tanya pada tuhan ... jawapan yang akan kau terima terdetik dalam hatimu. Teguhkan iman agar hatimu bersih kerana hati yang kotor juga bisa membisik palsu...
Semoga suara hatimu tidak pernah berdusta...


KEKASIHKU dihari lahirmu

Kekasihku…
malam ini akan ku alunkan
lagu-lagu  kasih memuja dan merayumu…
Biar suaraku tidak segemersik buluh perindu.

Kekasihku…
malam ini akan ku hiasi kamarku
dengan cahaya neon hingga dinihari…
Biarpun cahayanya tidak seindah kilauan bintan
dan seredup cahaya bulan.

Kekasihku…
malam ini juga akan ku hamparkan lantai kamarku sepanjang malam
dengan lembut sajadah untuku bersujud dan menadah tangan.
Biarpun banyak dosaku
mengabaikan ajaranmu…

Kekasihku…
aku mengharap semoga Allah membuka seluas jalan
untuku menemuimu di syurga firdausi…


DNA


Salam Maulidurrasul…









Thursday, 18 February 2016

EGO SEORANG WANITA

Ramai yang menyatakan keegoan seorang lelaki lebih tinggi dari wanita. 
Tapi hakikatnya ego tidak mengenal jantina. Ego seorang lelaki adalah sering  berkaitan dengan kelemhannya. Tidak mengakui kelemahan dan kesalahan itu jelas menjadikan lelaki itu tampak ego. Ego seorang wanita adalah sering berkaitan dengan perasaannya. Tidak mengakui hakikat dalam hatinya adaah jelas menjadikan wanita itu bersifat ego.



Ego seorang wanita yang ingin disampaikan ini adalah dipetik dari Whatsapp yang diterima dari seorang suami yang ikhlas memberi ingatan kepada seorang isteri. Atau mungkin ingin mengucapkan terima kasih atas masakan yang biasa-biasa aje saban hari.

Kisah seorang ibu, sewaktu bujangnya dia seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Dia gemar memasak. Setiap hari dialah menjadi Chef di dapur rumah bujangnya. Hujung minggu dia suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti mendapat pujian.



Namun segalanya berubah apabila dia berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian (dia menyambung pengajian lagi) membuatkan dia bertukar karekter.
Di rumah, dia jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwingan kerana suami sering menegur setiap hidangannya. Suaminya sering membandingkan masakannya dengan masakan ibunya.

cokodok malas

Suaminya mahu isterinya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan dia, hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu ikan direbus dahulu sebelum digoreng. Sedangkan pada fikirannya ianya kerja renyah dan menyusahkan. Dia sukar menerima teguran.

Anak-anak pula banyak kerenah. meminta masakkan itu dan ini sedangkan dia keletihan kerana bebanan tugas  pengajian dan kerja. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu yang datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar makan makanan segera. Dia berasa sangat lega... 
Bergitulah bertahun-tahun ia berlalu...

Kini Dia dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Dia sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. ketika duduk berdua, dia mahu memasak untuk suaminya namun ditolak oleh suami. katanya " Tak apalah... kita makan di kedai sahaja..."
Adakalanya dia bertanya, "Abang mahu saya bancuhkan kopi?"
Jawapan yang diterima: "Tak apalah, nanti saya buat sendiri".

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Dia rasa terpinggir. Pernah beberapa kali dia menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata anak-anak mereka,
 "Mummy kenapa bersusah-susah? kami sudah makan dalam perjalanan tadi".
Makanan tidak berjamah. Tidak seorang pun merindui masakan ibunya. Sayu hatinya apabila mengenangkan hal itu.
Lebih sayu lagi anak perempuannya langsung tidak pandai memasak apa-apa, sedangkan ketika dia sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Dia melihat anak perempuannya terkial-kial membantu suaminya@menantunya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.

Hatinya remuk... Leih remuk apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa sedangkan apabila dia ke dapur dia melihat suaminya menyediakan makanan sendiri dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

HEBAT BAGAIMANAPUN MASAKAN KITA, JIKA TIDAK DISUAP KE MULUT ANAK-ANAK DAN SUAMI... IA TIDAK BERERTI.

Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalin perhubungan ibu dan anak, Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.

Oleh itu, walau sesibuk mana sekali pun masaklah walau sekadar telur dadar... Demi air tangan seorang isteri @ ibu...

PESANKANLAH KEPADA ISTERIMU ANAK-ANAKKU...

Wednesday, 17 February 2016

RAHSIANYA




RAHSIANYA


Cinta itu satu anugerah
Nikmatnya berjuta makna
Saat cinta bisa memilih
hati sering alpa...
antara cinta agung dan cinta dusta
Namun, tidak ada siapa yang bisa tahu
saat bila cinta direstu
saat bila cinta bersatu
kerana Dia menjadikan rahsia itu suatu kejutan...
kerana Dia tahu yang terbaik untukmu
Dia memilih dia untukmu
Dia memilihmu untuk dia
Hari yang terpilih untukmu
diikat dengan lafaz ijab dan kabul
Hari terindah untukmu
Hari paling syukur untuk ayah ibu mu
Hari paling debar dalam hatimu 
Hari paling bahagia untuk kami sahabat-sahabatmu jua

DNA
6 Februari 2016
Putrajaya-Melaka

Selamat melayari nikmat citamu berdua hingga ke syurga sahabatku Arnizam Ariffin