About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Sunday, 17 January 2016

Hariq dah Darjah 1


All the best Hariq!!!

Semasa kelahiran Hariq, begitu banyak cabaran. Tambahan ketika itu berada jauh di perantauan.  Dalam rintangan dan getir kepayahan hidup serta dalam kerinduan kepada tanah air, Hariq muncul menjadi ahli keluarga kami. Kehadirannya membawa kejayaan demi kejayaan. Hariq mendapat perhatian penuh dari seluruh ahli keluarga. Dialah penghibur dan dialah yang mencuri segala waktu terluang saban hari. Sedar tak sedar Hariq sudah masuk Darjah 1. Sebelum mendaftar pada 4 Januari 2016, Hariq sudah dua malam tidak tidur lena. Saban malam bertanya;

 "Ibu, dah iron baju sekolah Hariq ke belum?"

Setiap pagi Hariq bangun awal dan soalan pertama dia, 

"Hari ni ke Hariq kena pergi sekolah?"

Hari pertama ke sekolah dia paling cepat bangun dan paling awal menghabiskan sarapan pagi.

"Ayah, nanti Hariq nak duit 4 ringgit tau". 

Amboi! membeli pun tak pernah, dah pandai minta duit.
Apa-apa pun, setiap ibu akan mendoakan anaknya dapat menghadapi kehidupan dengan penuh jaya. 
Semoga Hariq juga akan menjadi anak yang soleh, Khalifah yang taat kepada agama, rakyat yang berbakti kepada negara, suami dan ayah yang bertanggung jawab.


Hariq 6 bulan
Hariq 5 tahun di Taska little Calips











HEBATNYA MAK (pendidikan di rumah oleh arwah mak (Hjh Dyg Anum) amat berkesan)


Resah hati mak
tunggu 9 bulan 9  hari
tapi hilang keresahan
mendengar tangisan pertama

Resah hati mak
menunggu langkah pertama
tapi hilang keresahan
menyambut langkahmu dengan panggilan pertama "mama"

Resah hati mak
menanti saat hari pertama persekolahan
tapi hilang keresahan
bila kau pulang dengan kenangan
"mama, saya dapat ramai kawan"


DNA
malam yang resah...

Saturday, 16 January 2016

Mengingati dia yang pergi

Gugurnya Kelopak Bunga

(Al Fatihah buat adinda tercinta Wan Sunira - 4 November 2015)
Melihat sinar matamu
Kian pudar cahaya warna
Kian redup renungannya
Menyimpan segala rahsia
Rahsia sejuta makna.
Cahaya di mata itu dahulunya
Sangat ketara sinarnya
Lembut menyentuh anak-anak kami
Penuh kasih
Penuh cinta.
Engkaulah adik engkaulah kakak
Menjadi nadi sebuah keluarga
Menyatu hati dan cinta kami.
Tatkala mekarmu disuntingan orang
Kami iringkan doa harapan
Bersama paluan rebana, kompang dan qasidah
Namun kita layaknya hanya berdoa
Rahsia besar tetap tersimpan
Belum pun sempat mengaminkan doa badai datang bawa gelora
Menghimpunkan segala kesedihan
Berat yang memandang
Hanya engkau menggalas beban.
Tatkala kelopakmu layu ditinggalkan
Engkau masih menguntum senyuman
Hadiah buat kami yang kepiluan
Engkau masih membelai mesra
Hadiah kasih buat anak-anak kami
Engkau masih mampu bertahan
Hadiah cinta seorang bonda
Kini hati kami runtuh
Melihat kelopak- kelopakmu berserakan
Tiada kuntum senyuman
Tiada suara kasih
Tiada kekuatan
Walau untuk membuka mata.
Dalam doa kami panjatkan
Kedamaian istirehat yang panjang
Mengorak langkah kesembuhan
Biar tempohnya agak panjang
Kami redha di sini seredha engkau mengharunginya
Hingga nyawa kita dijemput Ilahi.


DNA
4 November 2015
Catatan sepanjang perjalananku mengejarmu.
Putrajaya - Johor Bharu


Bersama renyai hujan kami tiba di Hospital Sultan Ismail JB.
Namun engkau telah tiada.
Pergilah adikku Wan Sunira disaat hati-hati kita berdakap.


Tuesday, 12 January 2016

Lembayung Cinta Januari

Langit Cinta 12 Januari

Terima Kasih dan syukur ya Allah kerana masih meminjamkan aku nyawa untuk aku menikmati cinta di duniamu ini.

Tepat detik 12 malam tadi, aku terima ucapan selamat hari lahir dan doa dari sahabat yang sangat dicintai. Rasa terharu itu datangnya bukan kerana ucapan yang disampaikan tetapi ingatan yang disimpan atas satu tarikh yang sangat bermakna.


Ucapan demi ucapan datang dari keluarga, sahabat dan kenalan. Ada doa disertakan bersama ucapan. Ada ilusi yang disampaian dalam ucapan. Ada rasa dan jiwa yang disampaikan. Semuanya membuahkan rasa bahagia. Walaupun peredaran zaman memudahkan kita untuk mengingatkan tarikh-tarikh keramat ini namun apa yang lebih bermakna adalah keinginan untuk melafazkan ucapan itu biarpun melalui lakaran huruf-huruf tanpa suara.

Suara hati yang lahir dari ucapan itu lebih bermakna dari susunan kata-kata yang indah... Langit Cerah diawal waktu. Tambah ceria dengan hadiah dan bunga-bunga dari rakan sekerja. Lebih bermakna dengan kehadiran sahabat tercinta meraikan bersama. Ketawa dan tersenyum mengimbau saat-saat yang telah lama berlalu sambil menyaksikan Langit Cinta.

Pengakhiran 12 Januari diwarnai dengan Lembayung Cinta yang membawa titisan hujan...

Permata-permata hatiku,

Sambutan hari lahir bukan bermakna Kek dan Lilin. Ia adalah ingatan terhadap kasih sayang sepanjang perjalanan dari benih cinta meniti usia selagi mendapat nyawa. Nilai hadiah bukan menjadi ukuran makna tetapi ketulusan hati yang memberi dan pengorbanan masa yang tersimpan di dalamnya. Luangkan masamu dan sampaikan ingatanmu kepada orang yang kau sayang dan cinta pada setiap detik bertambahnya usianya kerana saat itu dia akan lebih merasakan dan menghargai cintamu dan kasih sayangmu...

Monday, 14 December 2015

Hariq sudah mula nakal...


HARIQ sudah semakin bijak bercerita. Sudah boleh berbalas kata dan memberi buah fikiran. 
Saban hari ada saja alasan untuk tidak makan sayur. Ada sahaja alasan untuk tidak mahu mandi.
Yang penting bagiku bukan alasan itu tetapi buah fikirmu. Semoga kepintaran itu semakin berkembang dan menguasai tindak tanduk mu. Jangan kau bertindak diluar kenormalan kotak fikir. Setiap tindakan perlu dijalin dengan akal.

Pengakhiran 2015 semakin hampir.

Pengakhiran 2015 semakin hampir.

Semoga pengakhiran 2015 ini membawa kepada permulaan saat bahagia yang lebih memuncak.

Agak lama tidak berpesan di sini. 
Bertahun terpendam namun tetap ada.
Hari-hari selama menyepi penuh dengan cerita, penuh dengan tawa dan air mata dan tidak kurang juga rasa cinta.
Haziq dan Hafiq sudah memasuki alam remaja. Hariq juga sudah menghampiri gerbang persekolahan. Usia ibu juga semakin memendek. Cuma mengharap pesona cinta tetap memanjat usia hingga berjuta tahun lagi.

Sudah tiba masa untuk berpesan yang lebih bermakna. 
Mengharapkan sisa waktu setiap hari menjadi jaminannya. 

Wednesday, 19 December 2012

Masa terasa pantas...

Its been quit long time that I left my blog.

Macam-macam berlaku sejak post terakhir Januari 2012.   Antara yang sangat meninggalkan kesan adalah:

Kak Long dah dapat pindah balik semenanjung. Kini berkhidmat di Hosp. Seremban setelah entah berapa kali aku turun naik KKM...  Alhamdulillah rayuan dilayan dengan baik.

Oktober 2012  aku dah jual Kelisa dan dapat Swift... Sayang sangat dengan Kelisa tu... sebab banyak berjasa... selama kereta tu berkhidmat 2005 tak pernah bermasalah. Setia membawaku meredah KL buat pertama kali selepas balik dari Labuan. Dengan kereta tu juga aku pergi out station, memantau, dsb. Tapi alhamdulillah dapat pengganti dah...

6 November 2012 kami kehilangan bapa (bapa mertuaku). emmm dari Allah kita datang kepadanya kita kembali... Setelah menanggung kesakitan sekian lama akhirnya Allah hilangkan segalanya. Semoga abah ditempatkan dikalangan para shuhada.

Kini Disember telah dipenghujungnya... menanti 2013 dengan harapan agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang merimpah ruah...

Thursday, 5 January 2012

Cuti secara kecil-kecilan.... bakinya dibawa ke 2012

Masuk kerja dua hari lepas, office masih sunyi kerana masih ramai bercuti.... rakan-rakan sekerja ramai yang mengambil cuti menghantar anak ke asrama, mendaftar anak ke sekolah, membawa anak-anak bercuti...
Namun tahun ini cuti banyak berbaki... bukan tak ambil cuti tapi tak boleh nak ambil cuti. Kerja memang sentiasa ada... kalau cikgu bercuti di hujung tahun tapi bagi kami di KPM ini, terutamanya bahagian yang menyediakan kurikulum ni... hujung tahunlah paling sibuk... menyediakan kurikulum, bahan sokongan (seperti modul, buku panduan guru dsb) untuk persekolahan. Masa cuti sekolah inilah nak memastikan semuanya siap dicetak dan diedarkan ke sekolah.

Kesian dengan 3 ninjas ku... hari-hari tanya... "Ibu, esok kena pergi transit lagi ke?" "boringnyer.... cikgu asyik suruh tidur jer" ... "Ibu tak cuti ke?"

Kadang-kadang hari Rabu aku ambil cuti untuk jaga mereka di rumah... biar satu minggu/lima hari tu tak rasa panjang pada mereka... So hari Rabu tu lah aku isikan ruang dengan melancong secara kecil-kecilan...
Bawa mereka ke Aquaria, Petrosains, cycling di Park dll. Weekend akan ke kampung halaman jumpa sepupu sepapat dia, jumpa atok dll...

Buka sekolah mereka tetap ke sekolah dengan rasa puas hati, walaupun cuti sekolah mereka tak GAH macam orang lain...
Terasa bersalah juga bila mendengar aduan mereka tentang percutian kawan2 mereka...

Haziq, Hafiq dan Hariq,

Maafkan ibu jika tidak dapat memenuhi impian percutian kalian. Terima Kasih kerana sangat memahami keadaan kita. Lov u guys...