About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Thursday, 5 January 2012

Cuti secara kecil-kecilan.... bakinya dibawa ke 2012

Masuk kerja dua hari lepas, office masih sunyi kerana masih ramai bercuti.... rakan-rakan sekerja ramai yang mengambil cuti menghantar anak ke asrama, mendaftar anak ke sekolah, membawa anak-anak bercuti...
Namun tahun ini cuti banyak berbaki... bukan tak ambil cuti tapi tak boleh nak ambil cuti. Kerja memang sentiasa ada... kalau cikgu bercuti di hujung tahun tapi bagi kami di KPM ini, terutamanya bahagian yang menyediakan kurikulum ni... hujung tahunlah paling sibuk... menyediakan kurikulum, bahan sokongan (seperti modul, buku panduan guru dsb) untuk persekolahan. Masa cuti sekolah inilah nak memastikan semuanya siap dicetak dan diedarkan ke sekolah.

Kesian dengan 3 ninjas ku... hari-hari tanya... "Ibu, esok kena pergi transit lagi ke?" "boringnyer.... cikgu asyik suruh tidur jer" ... "Ibu tak cuti ke?"

Kadang-kadang hari Rabu aku ambil cuti untuk jaga mereka di rumah... biar satu minggu/lima hari tu tak rasa panjang pada mereka... So hari Rabu tu lah aku isikan ruang dengan melancong secara kecil-kecilan...
Bawa mereka ke Aquaria, Petrosains, cycling di Park dll. Weekend akan ke kampung halaman jumpa sepupu sepapat dia, jumpa atok dll...

Buka sekolah mereka tetap ke sekolah dengan rasa puas hati, walaupun cuti sekolah mereka tak GAH macam orang lain...
Terasa bersalah juga bila mendengar aduan mereka tentang percutian kawan2 mereka...

Haziq, Hafiq dan Hariq,

Maafkan ibu jika tidak dapat memenuhi impian percutian kalian. Terima Kasih kerana sangat memahami keadaan kita. Lov u guys...

Thursday, 17 November 2011

RM100 sungguh bermakna namun jumlah yang sama nilainya berbeza

RM100? ... Ya setiap anak yang bersekolah akan dapat RM100 seorang. Itu janji PM kita yang telah pun dikota...

Hari ini ke sekolah untuk mendapatkan RM200 bagi pihak Haziq dan Hafiq... ramai yang tergesa-gesa masuk ke perkarangan sekolah dan tersenyum keluar dari pagar sekolah...

RM 100 bagi yang berpendapatan rendah... pastinya merasakan sangat bahagia atas bantuan itu... walaupun tidak dapat membantu sepenuhnya lebih-lebih lagi jika anak ramai sudah pasti RM100 itu hanya boleh digunakan untuk beli buku atau baju sekolah baru dan tidak berbaki.....

bagi yang berpendapatan sederhana.... sudah pastilah sedikit sebanyak membantu juga sekurang-kurangnya meringankan beban menyediakan persiapan buka sekolah

Tetapi RM100 itu bagi yang berpendapatan tinggi..... agaknya apa yang difikirkan oleh mereka? Ini adalah reality yang terjadi hari ini....

Ketika berada di perkarangan sekolah Haziq dan Hafiq, terdengar bicara beberapa orang ibu dan bapa yang hadir mendapatkan RM100...

kes 1
Suami: Nah! awak pegang jer lah duit ni...
Isteri: Tak pelah.. nanti bagi jer kat budak2 tu, suka hati diaorang lah na buat belanja cuti sekolah ni...

Kes 2
A: seronoklah budak2 tu nanti...
B: emmm memang ya, semalam dah pesan dah, Ibu! jangan lupa datang ambil duit kat sekolah.
A: tu la... anak saya dah siap set tarikh dah.. nak pegi tengok wayang cuti nanti..
B: ooo .. anak saya katanya nak ikut abang dia ke Genting Highland tu... boleh enjoy sakan depa nanti..

Kes 3
Ayah: Amil, dapat duit ni nak buat apa?
Amil: kan cikgu kata beli buku sekolah ke, baju sekolah ke.. suka hati Ayah lah
Ayah: Emmm apa kata kita derma ajelah duit ni ya... baju sekolah, buku sekolah tu semua ayah boleh beli sendiri.

kes 4
Amirah: Ibu, duit 100 tu cikgu pesan guna beli buku jer.. tak boleh belanja suka-suka
Ibu: Ibu tahu, nanti balik kita kira balik barang yang kita nak kena beli ya..
Amirah: Boleh tak tahun depan Mirah nak beli beg sekolah baru? Dah 2 tahun Mirah pakai beg ni jer... kawan2 selalu kata beg Mirah busuk...
Ibu: Tengok lah dulu ya... lepas beli baju dengan kasut sekolah nanti kita tengok berapa yang lebih. Kasut sekolah lebih penting dari beg sebab kaki Mira dah makin besar tak muat pakai kasut sama.



Anak-anakku Haziq, Hafiq dan Hariq...

Emmm begitulah keadaannya dan hakikatnya kehidupan ini... Jumlah yang sama tetapi nilainya berbeza...
Tidak kira di mana pun kita berada... haruslah beringat di mana kita sebelum ini dan ke mana kita selepas ini

Monday, 5 September 2011

Hebatnya Syawal

Lambaian Ramadhan tidak ditangisi.......
Syawal datang disambut megah.....

Tahun ini tidak puas menikmati Ramadhan, banyak yang terlepas...
Namun Syawal tetap disambut....

Syawal tahun ini pertama kali disambut tanpa dia. Namun syukur aku masih ada ibu mertua. Kebetulan tahun ini adalah giliran menyambutnya di Johor. Syukur ada seorang kakak yang bersuamikan orang dekat. Ada ruang untuk beraya bersama ibu dan abah di Johor seperti rutin biasa.

Sebelum berangkat ke Johor aku singgah di Rembau untuk berpuasa beberapa hari di sana. Dapat juga ke Pusara sebelum Syawal tiba. Aku tahu keluarga di Johor juga tidak sabar menunggu kami pulang kerana agak lama tidak menziarahi mereka. Dalam keadaan abah sekarang tentu banyak persiapan yang belum selesai. Kalau di Rembau aku yang bongsu tapi di Johor aku yang sulong.


Monday, 1 August 2011

RAMADHAN KAREEM!

Assalamualaikum Haziq, Hafiq n lil Hariq....

Ramadhan datang lagi....

Banyak kenangan kita di hari pertama Ramadhan kan...... Ibu masih ingat Haziq menghafal niat puasa 5 tahun lalu.... Tiap2 hari takut lupa niat... nanti tak boleh puasa.... Hafiq first puasa pun hebat juga.... walaupun tak cukup sebulan ibu bangga.... Teringat ibu waktu you all berdua nampak jealous bila sepupu2 yang puasa penuh dilayan istimewa dan dapat duit raya banyak.... Tak pa jealous itu sangat positif... you still got a chance to do it.... Ibu tak pernah pekecilkan niat murni anak2 ibu ... biarpun keupayaan tidak setinggi langit namun dihati ibu keinginan kalian sangat terpuji... biar tidak dapat melakukan dengan beradap MITALI namun cukup dapat melakukan dengan beradap TERPUJI.

Pengorbannan dan kesanggupan anak-anak ibu menemani ibu di bulan Ramadhan di perantauan juga sangat membanggakan. Berpuasa dengan masa yang agak panjang (Summer time) dan menyambut Eid tanpa sanak-saudara juga menjadi ingatan dan tersemat dalam hati... Kita mengangis bersama di malam pertama Ramadhan dan malam Eid... mengenangkan sanak saudara di Malaysia. Namun kita melaluinya dengan penuh kesyukuran... tak pernah kita suarakan rasa kesedihan.

Tapi dalam setiap kenangan itu ada satu kenanagan yang sangat istimewa....
Selalunya first puasa kita balik Rembau sahur dengan atok n arwah wan....." Makkkk rindunya nak makan pucuk ubi goreng yang mak buat waktu sahur tuuuuuu... " aduh... susahnya nak sambung N3 ini....

Ramadhan kali ini... sama seperti Ramadhan di perantauan.... Atok kat Sarawak.... Kita pun tak cuti.....
Namun syukur kita masih dapat bersama melaluinya.... Rasa nak balik Rembau la pula.. walaupun sangat sadis kerana seperti tidak ada yang lengkap di situ.... namun di tiap ruang itu ada kenangan yang menunggu. Tiap kali melewatinya pasti ada air mata yang tumpah... Harap-harap hujung minggu ini Atok sudi nak bersama kita di Putrajya kan.... Dah banyak kali Atok tolak ajakan kita.... Mungkin Atok tak selesa kat rumah kita, atau Atok tak sanggup nak dok jauh dari .............

Rindu nak duduk petang2 sambil dengar keluh kesah arwah... Kisah anak2, soal hati, soal rasa dan macam-macam... namun bila ditafsir segalanya penuh pesan, nasihat dan amanat... Kini semuanya tersimpan rapi dan biarlah menjadi rahsia... sehingga suatu hari nanti.... bila saat dan masa yang tepat....

Dan Ramadhan2 suatu ketika dulu juga.........

Rindu nak menghabiskan sisa waktu siang dengan menonton drama sambil berbaring dengan arwah, rindu menghabiskan masa di dapur dengan persiapan2 memasak di awal pagi. Rindu bersama menyediakan juadah berbuka dan moreh di surau.... Rindu menghabiskan waktu malam bersama arwah menanti 'Atok' balik dari bertadarus... Sehari berpuasa di Rembau ketika bersama arwah 'Uwan' sangat puas....

Walaupun kesempatan ini sangat terhad kerana jarak dan tugas negara namun sedetik itu sangat ISTIMEWA...
Kepada yang tinggal berdekatan dengan kampung halaman bersyukurlah kerana kesempatan dan peluang sentiasa ada... bukan semua boleh menjadi Insan Terpilih. Bila pulang ke kampung halaman, luangkan WAKTU BERSAMA.... kepulangan tidak bermakna jika tidak bersama-sama....Itulah pesan arwah... Biarlah tidak berkesempatan sekerap mana namun QUALITY TIME itu terjaga.... semoga diri kita sentiasa ingat dan penuh taqwa....


1st RAMADHAN

Thursday, 7 July 2011

HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI

Anak-anakku....
Selagi kita bergelar MANUSIA kita ada kelemahan.

Kadang-kadang kita rasakan kita yang terbaik hanya dengan melihat orang lain tidak seperti kita. Kita juga sering rasakan kita paling bijak mengurus waktu hanya kerana melihat kerja kita beres sedangkan orang lain merungut 24 jam sehari amat singkat. Kita lupa Allah anugerahkan keupayaan dan cabaran yang berbeza-beza. Luka yang sama sakitnya berbeza.

Jika kita berada di dalam kasut yang sama kita akan lalui denai yang sama. Mengharungi onak yang sama... memijak duri yang sama. Namun itu masih tidak menjamin rasa yang sama.

Samalah juga jika kita melakukan amalan yang sama, niat yang sama, kepercayaan yang sama namun masih tidak menjamin ganjaran yang sama. Kadang-kadang ganjaran yang sama dimiliki oleh orang yang melakukan amalan penuh dengan orang yang baru hanya berniat melaksanakanya...

Di manakah perbezaannya?
Adakah terletak pada Perasaan atau Kesempurnaan?

Anak-anakku,
Bersyukurlah sekiranya kita dipermudahkan segala urusan. Bersyukur juga jika kita memiliki kemudahan dan kesempurnaan untuk melaksanakan amanah. Namun jangan sekali-kali riak dengan kejayaan kita. Jangan memandang rendah dengan orang yang sedang bertatih. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.

Friday, 3 June 2011

Manusia Melahirkan Tuannya- TANDA-TANDA KIAMAT SIRI I

ASSALAMUALAIKUM di pagi Jumaat

Mencari suatu manfaat dan keberkatan Illahi....
Coretan ini sebagai ingatan buat anak-anakku dan diriku juga.

Sejak kebelangan ini banyak kelahiran tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar "Hari Kiamat".
Salah satu darinya adalah "Manusia Melahirkan Tuannya"

Secara sedar atau tidak, telah banyak dapat diperlihatkan bagaimana manusia melahirkan tuannya.

Kes 1

Ini jarang berlaku tetapi mungkin kita tidak menyedarinya. Tak pasti adakah ini termasuk dalam kategori "Manusia Melahirkan Tuannya". Dalam satu kenduri besar-besaran dikalangan "Orang-Orang Kenamaan"
Majlis tersusun agak teratur dan tanpak cantik dengan hiasan bunga-bungaan di sini sana. Kereta yang membawa pengantin disambut dengan paluan kompang dan barisan bunga manggar. Sebaik pengantin turun dari kereta mewah yang dipandu oleh "bekas guru"nya deretan barang-barang hantaran yang dibawa oleh barisan "awang dan dayang" berbaris membuka laluan menyambutnya. Begitulah seterusnya ia berlalu...... Majlis berakhir dengan satu kepuasan dipihak kedua-dua pengantin.

Apa yang ingin dikupas adalah kisah pemandu kereta mewah yang membawa pengantin itu. Dengarnya adalah seorang guru yang pernah mendidik pengantin di sebuah sekolah yang ternama juga. Cikgu ini diarahkan oleh majikannya yang merupakan ibu kepada pengantin itu untuk menjadi pemandu majlis perkahwinan itu. Walaupun guru itu redha akan tugasan yang diberi, namun dari sudut pemerhatian orang lain, apakah itu satu penghormatan atau satu penghinaan? Seharusnya guru itu hadir sebagai tetamu kehormat atau setidak-tidak pun sebagai tetamu biasa seperti tetamu yang lain. Jika kita sebagai pengantin sudah pasti inginkan kehadiran guru itu sebagai orang yang sama meraikan majlis perkahwinan kita dan memeriahkan majlis itu bukan sebagai orang yang kita hambakan........ Inilah pesanan buat anakku.

Kes 2

Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerjaku. Adik iparnya perempuan yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang dengan gaji yang tidak mencapai 4 angka pun. Namun bidang kerjanya itu membolehkan dia melancong dan melihat negara orang. Apa yang ingin dikupas di sini adalah keutamaan yang diberikan oleh adik ipar itu. Dia mempunyai tiga anak yang sedang membesar dan perlukan perhatian. Anak-anak itu ditinggalkan dibawah jagaan ibu mertuanya. Alasannya kerana tidak mampu membayar upah menjaga anak. Dia juga sayang untuk berhenti kerja kerana itulah peluangnya untuk melihat negara orang... kalau tidak dia tidak akan merasa nikmat itu.

Ibu yang tua itu tinggal berdua dengan suaminya yang juga agak uzur. Nak dijadikan cerita suatu pertengkaran berlaku antara ibu dan bapa mertuanya. Punca pertengakaran adalah perhatian yang diberikan oleh ibu mertua adalah berlebihan terhadap kerja menjaga cucu. Cucu-cucu itu tidak dipakaikan lampin pakai buang. Nenek yang tua ini harus memasuh lampin, menjemur, melipat dan menukar lampin secara manual. Bukan setakat itu sahaja malah terpaksa mencuci lantai yang dicemari oleh air kencing yang tiris dari lampin. Ini mendatangkan ketidak selesaan dari suaminya atuk yang agak uzur ini sehingga melafazkan cerai kepada nenek tua ini. Selepas bercerai atuk yang uzur ini tinggal bersama anak lain. Nenek ini kekal di rumah itu dan masih menjaga cucu-cucunya yang dihantar setiap pagi dan diambil setiap petang selepas waktu kerja.

Emmmm begitulah kisahnya... entah bila akan berakhir kerja menjaga anak itu. Selepas menjaga anak menjaga cucu la pula.... Seharusnya seorang ibu yang telah penat menjaga anak akan dibalas budinya dengan penjagaan oleh anaknya bukan disuruh bekerja untuknya.... Kalaulah si anak itu berhenti kerja dan menjaga anak-anaknya sendiri dia juga boleh menjaga ibu dan bapa mertua yang uzur itu. Gaji yang diterimanya ini juga tidak berbaloi berbanding dengan ganjaran yang akan diterimanya jika semua kerja itu dilakukanya sendiri. Suaminya yang juga anak kepada ibu mertua itu juga berkerja maka boleh menyara kehidupan sekeluarga. akan lebih diberkati hidup ini...

Namun.... hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu......

Monday, 16 May 2011

Teaching is the proffession that teaches all the other proffession....

Berburu ke padang datar dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi... (Usman Awang)

16 MEI

Setiap tahun tarikh ini menjadi tarikh istimewa buat ku. Kenangan menyambutnya di sekolah masih segar, begitu juga kenangan disambut di sekolah juga masih segar...

Istimewanya tarikh itu....

Hari ini tarikh itu berulang lagi...
Berderet-deret SMS diterima dari kawan-kawan, bekas pelajar dan juga dari Hubby my Samurai...
semuanya berikan ucapan yang sama, walaupun sekian lama tak mengajar tapi gelaran cikgu masih kekal buatku.. Itu lah istimewanya kerja seorang guru....

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca,

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

sungguh berkesan dan menyentuh perasaan kan..

Ingatan Ninja-ninjaku:
Kenangilah jasa guru walaupun hatimu luka dengan tikaman lidahnya
namun itu adalah tanda kasih sayangnya..