About Me

My photo
To know me is to love me...

my ninjas

my ninjas

Friday, 18 March 2011

Three sisters

Selamat Hari Jumaat! Teringat kat ayah, along, angah n arwah mak.

Telefoh ayah. Dia ada di kampung .... emmm esok nak ke Seremban bawa mak n pak mertua ke rumah adik ipar... then boleh singgah jengok ayah kejap..... Telefoh angah tapi tak da jawapan. Agaknya tengah keje kot.... tup.. tup... along call dari Sarawak... emmm macam tahu jer...... tapi tak dapat cakap lelama sebab masing2 dah nangis sedih... rinduuuuuu. Sabarlah kak... kita berkongsi rasa yang sama... seperti puisi yang pernah ku hadiahkan untuk angah.....

Three Sister's

Addpt from : Francis I. Gillespie

We are three sisters
Three sisters are we
I love each of you,
And I know you love me

We're not always together,
Life sometimes keeps us apart.
But we're never separated
We're in each other's heart.

Now I know we've had our troubles,
But we always get thru.
The real message is you love me,
And I also love you.

We have had lots of good times
That we'll never forget
Sometimes we worry
And sometimes we fret

But if God ever gave me
Something special you see,
It might have been the blessing of,
Three sisters are we.
Allah has gave me lots
Of happiness and glee
But the most special thing Allah did was
Make us sisters, all three.




Source:
Three Sisters, Sister Poems http://www.familyfriendpoems.com/family/poetry.asp?poem=517#ixzz0oSw2MBEI


--
DNA
Putrajaya
Malaysia

Monday, 14 March 2011

Cinta di bumi Sendai

Airmata tidak dapat ditahan lagi. Mendung hari itu seolah membawa berita sugul dari Bumi Matahari Terbit. Setiap baris yang dibaca di dada akhbar menghiris kalbu. Bagaimana mereka yang kukenali di sana agaknya... Pensyarah-pensyarahku, rakan-rakanku, keluarga angkatku dan semuanya yang kusayangi.

Terbayang bumi indah "Midori no Machi" Sendai Shi. Keamanan dan kedamaian di bumi itu masih segar dalam ingatan. Tak sanggup rasanya menggambarkan keadaannya sekarang.

Berjalan di Aoba Douri, Gozenji Douri, Hirose Douri...... dengan lagu "Koujo no Tsuki" mengiringi setiap langkah kaki... berbasikal di sepanjang Hirose Gawa juga amat mendamaikan. Apatah lagi tatkala "Sakura ga Mankai" di musim bunga dan suasana "Imonikai" di musim luruh.... Meriahnya "Aoba Matsuri" dengan warna-warni origami hiasan "Tanabata" dan nikmatnya "Yaki imo" di musim dingin sambil menyaksi "hikari pegeon". Salju yang turun terasa hangat di sanubari.... segalanya memutik cinta di hati.

Semua kenangan itu terimbas satu persatu dan berita "jishin" dan "tsunami"11 Mac 2011 benar-benar meruntun hati. Sambil menyapu airmata yang tumpah, rindu dan cintaku kepada Sendai kembali hangat.......

Monday, 10 January 2011

Terima Kasih atas sebuah kelahiran...

Beberapa hari menjelang 12 Januari 2011. Insyaallah jika dipanjangkan usia, dapat sekali lagi menyambut hari kelahiranku buat kesekian kalinya... tapi kali ini sambutannya tanpa kehadiran ibu di alam fana ini... namun jauh disudut hati tetap berterima kasih atas kelahiranku. Syukur alhamdulillah dapat merasai nikmat di dunia sejak detik pertama membuka mata hingga saat ini.

Walaupun tidak pernah menyambutnya dengan 'party' atau sebarang keraian namun cukup dengan sinaran mentari hari itu sebagai hadiah yang paling besar dan sangat istimewa. Cuma mengharapkan kehadiran orang yang disayangi untuk meraikan bersama....

Sambutan hari jadi ada berbagai andaian. Menyambutnya dengan cara yang lebih bersyukur... Sangat subjektif.... Bersedekah dengan cara mana sekalipun haruslah tidak mengundang perasaan riak dan takbur.

Kepada ninja-ninjaku...
Emm aku faham anak-anakku... menginginkan majlis harijadi yang sangat istimewa dengan kehadiran teman-teman dan 'badut'. Permaian, kek besar, tiupan lilin dan hadiah-hadiah menjadi impianmu. Maafkan ibu ya... hingga kini masih tidak dapat memenuhi impian itu. Bimbang ianya akan menjadi rutin saban tahun dan merosakkan fahamanmu tentang sambutan harijadi... bimbang juga jika tak dapat memenuhinya secara adil untuk semua... Biarlah kita bersyukur dengan cara yang lebih ekonomi sesuai dengan 'mengukur baju di badan sendiri....'

Thursday, 6 January 2011

KEPERCAYAAN yang boleh dikaji

Kebetulan musim 'flu' tiba lagi... di pejabat, di rumah dan di mana-mana orang menggunakan tisu. Vitamin C setiap hari tidak dapat menjadi antibody untuk virus ini. Hari ini terima e-mail dari seorang teman yang mencadangkan satu laman web. kajian dan penemuan dalam dunia perubatan. tertarik dengan satu artike tentang kehebatan 'bawang'. Teringat satu kepercayaan zaman purbakala yang pernah dibaca dalam novel Inggeris lama. Kepercayaan orang dahulu kala bahawa bawang boleh menghalang kejahatan, makhluk halus atau niat buruk seperti 'santau'.

Namun dalam artikel di laman web ini menceritakan kuasa bawang menyerap virus dan bakteria. Di sini saya bawa cebisan artikel itu untuk dikongsikan bersama:

Onions are a huge magnet for bacteria, especially uncooked onions.
In 1919 when the flu killed 40 million people there was this Doctor that visited the many farmers to see if he could help them combat the flu. Many of the farmers and their family had contracted it and many died. The doctor came upon this one farmer and to his surprise, everyone was very healthy. When the doctor asked what the farmer was doing that was different the wife replied that she had placed an unpeeled onion in a dish in the rooms of the home, (probably only two rooms back then). The doctor couldn't believe it and asked if he could have one of the onions and placed it under the microscope. She gave him one and when he did this, he did find the flu virus in the onion. It obviously absorbed the virus, therefore, keeping the family healthy.


The moral of the story is, buy some onions and place them in bowls around your home. If you work at a desk, place one or two in your office or under your desk or even on top somewhere. Try it and see what happens. Are we will never got the flu? Whatever, what have you to lose? Just a few bucks on onions!

And..... You should never plan to keep a portion of a sliced onion. It's already contaminated enough just by being cut open and out for a bit, that it can bea danger to you. If you take the leftover onion and cook it like crazy you'll probably be okay, but if you slice that leftover onion and put on your sandwich, you're asking for trouble.

Tuesday, 7 December 2010

The 2 Ninjas turned 2 Samurais...




Alhamdulillah, 4 Dis 2010 lalu 1st Ninja n 2nd Ninja selamat dikhatankan.

Berkhatan bukan hanya amalan masyarakat Islam masa kini malah menjadi amalan masyarakat lain di serata dunia. Ternyata amalan ini mendatangkan kebaikan kepada kesihatan. Jika dahulu berkhatan merupakan perkara yang sangat gerundi kalangan kanak-kanak Islam namun kini ianya tidak lagi merungsingkan malah menjadi permintaan walau seawal usia 6 tahun. Kanak-kanak kini merasakan amat bangga jika mereka telah berkhatan. Amat jarang kita melihat kanak-kanak lelaki berkhatan di usia 12 tahun. Rata-rata telah melaluinya di usia 9 tahun.

Seiring dengan kemajuan teknologi, cara melaksanakan khatan ini juga telah dimajukan. Tidak ada lagi 'Tok Mudim' mundar-mandir menjejaki anak-anak lelaki yang telah cukup usianya. Tidak ada lagi batang pisang yang tumbang untuk melaksanakan tuntutan ini. Pelbagai cara moden boleh dipilih dengan bayaran yang berbeza. Sama ada dengan gunting dan jahitan, 'lazer' atau semudah 'clam' sahaja. Semuanya digandingkan dengan suntikan pelali. Kanak-kanak kini boleh tersenyum melaluinya. Boleh berseluar dan melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas sehari berkhatan.

Namun, sejauh mana sekalipun arus kemodenan itu, amalan dan tradisi lama harus dilupa jangan. Berendam dan mengaji sebelum berkhatan masih boleh diamalkan kerana amalan ini tidak menjejaskan teknologi.

Monday, 6 December 2010

Kembara bersendirian.

Sayu melihat 'Atok' bersama beg pakaian dan beg galasnya yang agak berat. Melihat sahaja hati telah robek, inikan pula yang melaluinya.... Pakaiannya kini diurus sendiri. Segala macam yang di bawanya juga diaturnya sendiri... Tiada lagi kembara berdua-duaan. Tiada lagi 'diskusi' tentang apa yang perlu diisi dalam beg itu. Tiada juga diskusi apa yang hendak dibekalkan ke sana sepanjang perjalanan nanti . Wajah exited juga malap. Hanya single tiket dalam koceknya.

Niat hati ingin merakamkan potret nya saat melangkah pergi.... namun tak tersampai hati memetik detik itu. Juraian airmata telah jatuh sebelum kanta dapat ku fokuskan ke arahnya.
Tambah sebak melihat wang atas meja yang kubekalkan untuknya ... dipulangkan buat belanja sekolah anak-anak. 'Ayah ada cukup wang untuk belanja di sana' katanya.

Lambaian tangan anak-anak disambutnya dengan lambaiannya juga. Aku juga melambai bersama senyuman dan tangis. Seakan terbayang 'Uwan' bersamanya seperti kebiasaannya. Atau mungkin juga benar.....

Monday, 15 November 2010

Oktober 2010 (102610) dalam kenangan...

Puisi buat bonda dan nenda yang pergi pada Oktober 2010.

Mengimbas kembali Oktober lalu....
Hati kembali sebak
Mata kembali basah
Rindu kembali parah
Luka kembali berdarah
Namun aku tetap pasrah.


Bonda...
Tiap kali melewati laluan itu
pusaramu seakan melambai
masih adakah impianmu yang tak kesampaian?
atau
masih adakah dosaku yang tak kau ampunkan?



Nenda...
suaramu mengalun ayat-ayat suci amat kurindui

rindu yang amat perit
perit melihat hidupmu tanpa cahaya
namun kutahu engkau lebih senang di sana
dengan limpahan 'Nur-kasih di syurga'...

Innalillahiwaninna ilaihirajiuun.